Thursday, October 18, 2012

Tanam Secara Terbalik LDL


Bahan yang diperlukan:


Bekas pencuci 5L atau bekas minyak/bekas air mineral atau apa-apa botol besar. Juga sehelai kain sebesar sapu tangan.


Alatan memotong seperti gunting, pisau dan gunting pokok. Selain daripada itu gerudi/'driller' juga diperlukan untuk membuat lubang. kalau tak ada tak apa, kita guna paku panas. Lagi satu, kita perlukan dawai penggantung pasu, kalau tak ada, guna tali rapia pun boleh.

LDL -Langkah Demi Langkah



Langkah Pertama:

Buat lubang pada bahagian dasar botol, saiznya kalau boleh muat untuk tangan anda di masukkan ke dalam botol.



 Langkah Kedua:

Buat lubang kecil menggunakan gerudi untuk dawai penyangkut pasu.



Langkah Ketiga:

Masukkan dawai penggantung pasu pada lubang-lubang yang disediakan tadi, gantungkan untuk lihat keseimbangan dan panjang dawai yang sesuai.

Langkah Keempat:

Potong kain bentuk '+" di bahagian tengah.


















Lagkah Kelima:

Ambil anak pokok yang hendak di tanam, saya tak ada pokok lain kecuali pokok bendi ini.Selalunya orang tanam pokok tomato sahaja dengan cara ini.














Langkah Keenam:

Letakkan kain ke dalam bekas dan masukkan bahagian akar pokok melalui muncung bekas. Pastikan akar di masukkan di bahagian kain yang telah di potong.









Langkah Ketujuh:

Masukkan tanah campuran 3/4 bahagian daripada bekas.















Langkah Terakhir:

Siram tanah melalui lubang di bahagian dasar bekas,
kalau nak membaja pun gunakan lubang tersebut. Sekarang anda boleh gantungkan bekas tanam terbalik anda di mana yang anda suka. Ia dapat menjimatkan ruang menanam dan kelihatan unik, mesti jiran anda teringin nak tiru cara anda kan.






************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

14 comments:

  1. oooooo.. mcm tu pun ada... wahhh unik betul cara ni.. hehehe.. dari dok buang je botol2 fab ke dynamo tu kan.. boleh wat pasu gantung plak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitar semula amalan mulia, chewah...kira ok la tu kan

      Delete
  2. tomato buah jenis besar pun boleh? tak tercabut buahnya ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, sblm ni mmg sy tanam tomato biasa, mmg tak tecabut

      Delete
  3. wah baguas bagus, saya pon teringin jugak nak buat tapi malas nak buat tempat gantung heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malas nk gantung, sangku jer kat penyidai...hehehe

      Delete
  4. tak mendera ke ni..hehehe, kasihan itu pokok bendi.

    ReplyDelete
  5. entah la, kita tengok , dia mau berbuah ker tak..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam smRose,

    Memang menarik dan cukup mudah. Tinggal lagi nak semai tomato dulu. Botol dah stand-by dah!

    ReplyDelete
  7. salam mak aji,
    jimat, pakai barangan terbuang jer...hehehe

    ReplyDelete
  8. maaf kak nak tanya ni...fungsi kain tu sebagai ape ye...kalau x yah guna kain agak2 blh x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. fungsinya sebagai penahan tanah daripada terkeluar dr lubang tu, kalau tanak guna mungkin boleh ganti dengan venda lain kot

      Delete
    2. oh skrg baru fham...terima kasih atas penjelasan...

      Delete
  9. Menarik idea ni...tq for sharing

    ReplyDelete