Friday, October 19, 2012

Tuaian Hari Jumaat-Ikan Herba


Hasil tuaian hari ini dikutip khas untuk buat resepi ikan herba. Mari saya kenalkan mereka ini dari atas dan seterusnya lawan arah jam. Yang pertama tentulah daun kunyit, seterusnya kangkung, pudina, daun mengkudu siam, daun kesum, daun jarum tujuh bilah, daun limau purut, ulam raja dan yang terakhir daun mulberry.


Daun-daun tadi saya potong kasar guna gunting dapur. Kalau hiris halus-halus baik buat bunga rampai.  Daun-daun ini cuma cadangan dari saya, kebetulan ini sahaja daun-daun yang dapat saya kutip di sekeliling rumah saya.  Boleh tambah daun-daun lain kalau suka.


Ini ramuan untuk sambal ikan herba. Yang merah cili (saya guna cili besar sebab saya takut pedas, kalau suka boleh guna cili padi), bawang besar dan juga pes asam jawa. Sila tumbuk kasar untuk dijadikan sambal. Opps! Jangan lupa masukkan garam dam gula secukup rasa.


Kalau dah namanya ikan herba, tentulah kena ada ikan, untuk hari ini saya gunakan ikan tenggiri, selalunya saya guna ikan kembung, tapi hari ini ikan kembung lupa nak masuk peti ais saya. Kalau nak guna ikan-ikan lain pun boleh juga.


Mula-mula letakkan hirisan daun-daun tadi di bahagian bawah mangkuk, kemudian letak potongan ikan.


Lepas itu, tambah lagi daun-daun di atas ikan, akhir sekali letakkan sambal di bahagian atas sekali .


Kemudian, masukkan mangkuk dalam pengkus dan kukus selama 20 minit (saya guna pengukus elektrik).
Ikan herba ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Kalau tak ada lauk atau sayur lain, ikan herba ini pun dah cukup. 
Kalau tak percaya, cubalah!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

15 comments:

  1. Assalamualaikum...
    wow... dah siap pun ikan herba.. memang elok guna herba2 untuk perjalanan darah yang baik dalam badan.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat buat resepi ni sesuai utk wanita yg bekerja macam kita...hehehe

      Delete
  2. Lynn suka sgt!! Step by step mcm ni memang sesuaii utk org2 yg "pandai" di dapur mcm Lynn. Tq, tq!

    ReplyDelete
  3. Salam smRose,
    Maaf, saya nak tiru ... Saya yakin cukup berkhasiat ... Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiru ler, sama-sama kita kongsi ilmu yang ada...hehehe

      Delete
  4. gulp..saje ye bagi orang terliur.. :p

    ReplyDelete
  5. Salam Rose,

    Wah, berlapis2 pula ya! Senang ni, one-pot dish, siap ada protin serta sayur ulamannya sekaligus. Tinggal tanak nasi je. Rose x boh garam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      hehehehe...lupa nak bagitau, naseb MakAji ingatkan, sy taruh garam dalam sambal jer, nanti dia meresap kat daun-daun dan ikan sekali

      Delete
  6. memang percaya sedap rose...sy pernah cuba masak gini..tapi tidak lah selengkap mcm awk punya ulam2 tu..byk jenis betul...tapi sekarang nikmat utk menikmati pelbagai ulam sy makin kurang..ada penyakit angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb pecaya...hehehe, semalam juri2 termasuk sorang doktor pun percaya tu yg menang hehehhe, kalau dah kene penyakit angin mmg payah kan...apo nak buek!

      Delete