Saturday, October 20, 2012

Perkembangan Anggur


Hari ini mak dan adik saya datang rumah. Kitaorang pergi shopping dan mak saya tak lupa membeli belah di nurseri. Hari ini kami jumpa bunga ros jepun yang sangat murah, satu polibeg si Kamal jual seringgit sahaja. Saya beli dua, mak saya pun beli dua. Saya pilih warna kuning, yang lagi satu tak ada bunga lagi, tak tau la warna apa, tapi daun dan batangnya nampak sihat dan gemuk.

Mak saya peminat bunga raya, ada sepohon pokok bunga raya yang cantik di nurseri, mak saya tanya berapa harga, Kamal kata RM15, saya tambah kalau beli dekat tempat lain harganya RM20. Mak saya tak jadi beli, tapi ada seorang perempuan yang dengar saya cakap pasal harga bunga terus ambil bunga raya tersebut dan bayar duit terus pada si Kamal tanpa tawar-menawar. Lepas ini bolehlah saya buka nurseri, ada orang percaya bulat-bulat apa yang saya cakap.

Petang tadi mak saya balik setelah penat membeli-belah. Tengahari tadi makan shushi kat restoren shushi, adik saya belanja, saya makan. Petang makan bihun goreng, adik saya belanja lagi. Malam ini terpaksalah masak di rumah. Baru nak masak, gas pula habis. Terpaksa masak lauk dalam microwave.

Tak ada lansung cerita pasal anggur dalam entry ini. Nampaknya anggur dah semakin membesar. kalau boleh nak tangkap gambar hari-hari, tapi malu pula kalau di nampak olah jiran-jiran. Harap-harap dapatlah makan anggur yang manis. Saya sudah belajar cara bagaimana nak memastikan pokok anggur mengeluarkan buah yang manis dari tahun lepas lagi. Siapa nak tau, kena bayar duit pengeras.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

6 comments:

  1. alaa ..nape cakap rm20, cakapla rm10, manalah tau si kamal tuh nak bgi rendah lg lak kan...

    weh duit pengeras lagi tu..hehe takper saya takde pokok anggur, takyah risau tak tau..kalau kalau awak kongsi pun dpt pahala tau..:)

    ReplyDelete
  2. ekeke...sebenarnya tak berani nk kongsi sbb belum terbukti lg, cuba dlu bg berjaya, baru kongsi

    ReplyDelete
  3. amboi,,pengeras erk!! tapi tabik la boleh tanam anggur, menjadi pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun tak sangka bole menjadi, rezeki..hehehe

      Delete
  4. Salam Rose,

    Mak Aji baru perasan entri awk pasal anggur ni. Mak Aji dah tanam anggur ni bertahun dah, asyik kena ejek ngan Pak Aji - bilalah agaknya anggur awk ni nak berbuah! Rose kata kena botakkan daunnya ya?? Bantu sikit Mak Aji ni. Syy, cakap pelan2 jangan Pak Aji dengar, nak beri dia surprise bila pokok anggur Mak Aji benar2 berbuah nanti!!

    ReplyDelete
  5. salam mak aji,
    kalau ikut yg saya baca, botakkan semua daunnya dan potong batang yang kecil daripada pensil, cubalah, kalau dah menjadi nanti jgn pulak mak aji lupa nak share...hehehe

    ReplyDelete