Friday, October 5, 2012

Racun Siput

 Ini adalah entry khas atas pertanyaan UmmAidan daripada entry bertajuk Selom.

Racun siput yang baru sahaja saya cuba gunakan, sebelum ini saya beli racun siput dalam pek kecil berharga RM3 (lebih kurang 20g).
 Ini bentuknya, lebih kurus dan panjang daripada jenis sebelum ini. Yang terdahulu memang sangat berkesan, setiap pagi mesti saya terjumpa siput-siput yang bergelimpangan koma dan terus meninggalkan dunia ini.
Inilah hasilnya setelah menggunakan racun siput, sebelum ini saya ada mencuba gunakan garam kasar dan kulit telur. Siput-siput babi yang besar telah lama mati disebabkan oleh garam kasar, tapi siput-siput kecil ini tetap membiak dengan banyaknya di bawah pasu-pasu saya.Selepas menggunakan racun siput barulah pokok-pokok saya dapat hidup dengan subur tanpa daun-daun yang rongak atau tak berdaun lansung.

14 comments:

  1. Thanks rose, saya dulu mmg banyak sangat siput yg exactly like this mmg banyak gila ada dimana-mana, sampai ada yg kedapur bila musim hujan..geliiii...racun yg saya guna btk serbuk jgk tetapi color warna-warna..sikit jer yg mati, yg hidup lg byk..last2 sy tak tanam kobis cina lg sbb kami rasa itulah pembawa penyakit 'siput' nie...next time bila dtg lagi, nanti sy import fr mesia,heheeh..thanks for special entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siput mmg pembawa masalah, penat sy cuba pelbagai cara, inilah yg paling bekesan, nati impot la bebanyak, bole jual kat sana pulak

      Delete
  2. Kat mana nak beli ya rose? kedai hardware ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy beli kat nurseri, kalau jumpa kedai Peladang lg elok, mcm2 produk ada

      Delete
    2. thanks,saya ingat nak cari juga...rumah saya tak da siput besar,ada pun siput kecil je...tp susah nk nampak sebab menyorok.

      Rose tabur ke tanah atau direct pada siput,mintak maaf la tanya banyak pula...hehe.

      Tq

      Delete
    3. tanya la byk mana pun, kalau tgh bz lambat la skit jwb. Sy tabur ke tanah atau dalam pasu belah ptg, sbb siput slalunya menyerang waktu mlm dan pg

      Delete
  3. cian siput vavi tuu mati berjemaah hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la,kesian pun ada geli pun ada....uweekkk.

      Delete
    2. Hidayah & Ibu Qistina: lagi kesian kt tanaman kita kalo kene makan siput...hehehe

      Delete
  4. Kat DIY, Mydin pun ada nih, mcm2 brand, sumer ok. Lynn tabur dr depan sampai belakang rumah & keliling pokok. Seminggu lepas tu dah x nampak sekor pun.. Tokey kedai sarankan buat dlm 2 bulan sekali

    ReplyDelete
  5. ooo, 2 bulan sekali, sy kalo geram sgt, ari2 tabur...hehehe

    ReplyDelete
  6. boleh juga tu racun siputnya di Linggau blom ada tu, kira2 bisa didapat didaerah mana aja mb

    ReplyDelete
  7. Slm...selain siput....cacing pun ada...dia ni mysuh ke kwn kpd pokok bunga ros

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete