Thursday, October 11, 2012

Tuaian hari Khamis


Sikit saja tuaian hari ini. Cuma ada daun selom, buah kemunting, limau kasturi dan cili hijau. Daun selom saya terpaksa tuai sebab dah kelihatan tak kemas dalam bekasnya, dah merayap-rayap keluar mengganggu tanaman yang lain. Terpaksa dipotong panjang batangnya,  daun-daunnya saya makan buat ulam, batang yang lebih, saya tanam semula dekat bekas asalnya.

Buah kemunting pula dimakan begitu sahaja.. Semakin hari semakin saya suka pula dengan rasa buah kemunting. Ada kawan di opis yang cerita di kampungnya ada banyak pokok kemunting. Buahnya besar-besar pulak tu (terliur saya mendengarnya). Dia cerita  masa sekolah rendah dulu dia jual buah kemunting dekat kawan-kawan sekolahnya. Dia kata lagi dia pernah bawa balik pokok kemunting dari kampungnya dan cuba tanam di rumah sendiri. Pokoknya mati. Dia kata nak ambil lagi pokok dari kampungnya dan cuba tanam lagi dan saya ambil kesempatan kirim kalau ada pokok lebih tu sedekahlah dekat saya sepohon, buat menambah koleksi.

Cili hijau dan limau kasturi saya buah ramuan untuk masak ikan sardin. Ada orang kata (seorang saja pun), tak ada orang boleh lawan masak sardin saya. Sebagai mengenang puji-pujiannya yang saya tak ambil serius pun tu, saya kongsikan resepi masak sardin saya yang sangat ringkas lagi mudah.

Bahan-bahannya:
1 tin sardin King Cup
Bawang besar sebiji (hiris)
Bawang putih 2 ulas (hiris)
Cili hijau 5 biji (hiris)
Cili  api 3 biji (hiris)
limau kasturi sebiji (ambil jus sahaja)
Minyak
Garam

Caranya:
Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar, cili api dan cili hijau. Tumis hingga cili hijau layu dan masukkan sardin, tambah air jika suka kuah banyak. Biar masakan mendidih, perasakan dengan garam dan perahkan jus limau kasturi dan tutup api. Sedia dimakan dengan nasi putih panas berulamkan daun selom (sekadar cadangan).

6 comments:

  1. Awak pernah cuba masak sardin letak tomato? best juga...sy kalau masak sardin suka letak tomato & asam gelugor, kalau pecahkan telur best jugak..tu cara say...cara awak sure lg bestnyerrr...gulp!!!

    ReplyDelete
  2. ekekeke...pernah letak tomato, letak kentang pun ok..cara sy tu cara yg simple jer, tak de la best mana pun...hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. salam kenal.. i follow terus sini... sonok tengok org menanam ni.. daun salom tu wat ulam best.. :) kan.. :) buah kamunting tu dah lama tak makan.. dulu2 banyak je kat kg tepi2 jalan je..

    ReplyDelete
  4. waalaikum salam, tq krn sudi melawat, kg sy tak buah kemunting, dah tua ni baru dpt merasa...hehehe

    ReplyDelete
  5. kat USJ ni lynn dah try pegi 3 fresh market, tapi x jumpa daun selom..frust betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo lyn nk tau, sy beli daun selom kt tesco...ekekeke, bkn kat pasar sbb keje kan, mana nk gi pasa pagi2

      Delete