Wednesday, October 10, 2012

Roselle

Dah lama saya kenal pokok roselle ini. Ia banyak tertanam di hadapan rumah jiran-jiran kaum India. Selalunya daunnya yang di masukkan dalam masakan. Buahnya pula dibuat sirap untuk minuman. Rasanya, warnanya, memang banyak menyamai minuman Ribena. Jadi saya panggil ia pokok ribena. Masa budak-budak dulu saya kurang suka minum ribena tapi semenjak dua menjak ini suka pula.
 Ini gambar bunga roselle saya yang pertama.
 Saya tanam roselle ini dari biji benih, kalau dulu-dulu, saya tengok mak saya tanam menggunakan batangnya. Jiran-jiran kaum Cina dekat rumah saya ini banyak yang tanam pokok roselle tapi saya segan pula nak minta batangnya untuk di tanam
 Tunggu-punya tunggu berbuah juga pokok roselle saya. Lepas ini bolehlah saya buat sirap roselle atau aiskrim Malaysia perisa roselle.
Bunga roselle ini rupanya macam bunga raya sebab roselle ini sama spesies dengan bunga raya tapi mekarnya sekejap cuma, tak macam bunga raya.

9 comments:

  1. Lynn dah try tanam 5 bj benih (dr Is..) satu pun x tumbuh. x der rezeki

    ReplyDelete
  2. a'a,tak terfikir pula saya nak buat ais krim malaysia dari perisa roselle....macam sedap je bunyi dia. hehe......

    ReplyDelete
  3. sy pun tanam 5 biji, yg idup dua jer, tapi lyn pokok roselle jer tak idupkan, yg lenlain tu punya la sihat...trutamanya pokok tomato, jelez I

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita rose,saya punya pun semai 5 dan hidup cuma 2 je...yang 3 lagi mereput kut. hehe....Saya pun tgk lyn punya garden sabur2 dan segar sayur lyn. Mungkin roselle ni nak perhatian lebih kut. :) leh cuba lagi.

      Delete
  4. salam kenal =) saya dulu2 pernah juga nak tanam bunga tapi tak pernah menjadi. emak kata tangan saya panas. tak tahu betul ke tk. skrg dah tak cuba tanam apa2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga time kasih kerana sudi melawat, tak per kita cuba lagi, semua org pun tgn panas sbb mamalia, kalo nk sejuk reptilia ler...ekekeke, gurau jer

      Delete
  5. Rindu pula jadinya nak minum air rosselle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pulak rindu nk mkn halwa roselle...hehehe

      Delete