Tuesday, October 9, 2012

Kurma Mak

Mak saya suka makan kurma, lagi-lagi masa bulan puasa, teringat pula kat kuih talam kurma yang mak saya buat, selalunya makan tepungnya saja, yang kurmanya tak makan sangat sebab terlalu manis.Selalunya bila kita makan kurma bijinya kita buang ke tanah dan selalunya juga biji benih tersebut akan bercambah dan tumbuhlah anak pokok tamar yang kecil tapi tak pernah pula saya lihat pokok tamar itu membesar dan berbuah.
 Ini gambar buah daripada pokok yang mak saya kata tumbuh daripada biji kurma yang di buangnya dalam pasu bunga, kemudian kata mak saya lagi mak saya alihkan ke tanah setelah ia agak besar. Saya tengok buahnya macam kelapa sawit.
 Pokoknya pun macam kelapa sawit.
 Tapi setelah berbincang anak beranak dengan abah saya, buah ini ada kelainannya daripada buah kelapa sawit. Kata abah saya yang ada kebun kelapa sawit, buah sawit tak bertangkai macam buah kurma mak saya ini.
Tapi setahu saya pokok kurma hanya boleh berbuah kalau ada pokok jantan dan betina dan ia perlu didebunga oleh tangan manusia (ambil bunga jantan senyawakan kat bunga betina). Dekat rumah mak abah saya hanya inilah pokok 'kurma' yang ada, pokok kelapa sawit pula ada tapi agak jauh dan belum 'dewasa' lagi. Dah beberapa bulan saya perhatikan buah pokok ini, masih dalam keadaan yang sama. Tak apalah kita tunggu lagi dan lihat perkembangan pokok 'kurma mak' saya ini yer.
Tapi sekiranya rakan-rakan blogger tahu ini pokok apa, sudi-sudikanlah beri pendapat dan nasihat. Terima Kasih.

8 comments:

  1. wah kalau betul pokok kurma mmg mak awak cipta sejarah menanam pokok kurma yg pertama dimesia..waahh best..best ....tahniah sy bangga ...

    ReplyDelete
  2. wah! i pun suka makan kurma. tapi tak tahu pulak seed dia boleh germinate. sth new. cross breed kan kurma dgn kelapa sawit...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la lepas mkn tanam bijinya, gerenti hidup tapi membesar bagai johan tu tak tau la boleh ke tidak...hehehe

      Delete
  3. buahnya macam buah kurma ke? tapi rupa pokok tu macam pokok nipah pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa buahnya tak macam kurma pun...hehehe, entah la kan, nanti sy cuba belah buahnya bila sy balik umah mak abah sy

      Delete
  4. Dapatkan Tips PERCUMA Cara 'Make Over' POKOK KURMA Anda yang Udoh Lama Hidup tapi Idok Berbunga, Apatah Lagi Berbuah!

    Singgah ziarah di :
    Moh Le Singgah...!
    http://cnccrew.blogspot.com ATAU via
    http://kwaleshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. INGIN PETIK DAN MAKAN BUAH KURMA SEGAR DARI POKOK...???
    INGIN MENGAMALKAN SUNNAH NABI...???
    JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA...!!!
    80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
    BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM...!!!
    TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
    PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
    MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN...!!!
    TEL/WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921

    ReplyDelete