Monday, October 8, 2012

Telinga Kera

Semalam dah tengok gambar orkid yang comel, jadi hari ini kita tengok gambar yang tak berapa nak lawa sangat pula.
 Cendawan telinga kera atau nama supermarketnya black fungus adalah salah satu jenis cendawan yang saya suka.Cendawan ini selalu saya jumpa di kawasan rumah mak abah saya semasa saya kecik dahulu tapi dari jenis yang lebih nipis..
Saya suka tumis air cendawan ini dengan ikan bilis. Tapi ada satu kepantangan untuk masak cendawan ini, jangan campur lada hitam atau lada sulah nanti rasanya akan jadi pahit.
Saya tak tanam cendawan ini, saya beli saja, cendawan ini boleh di dapati dalam bentuk segar dan juga kering. Sedap juga kalau di masak  sayur campur. Cubalah!

3 comments:

  1. awak panggil cendawan telinga kera ya rose?...saya panggil cendawan tikus...hehe...mmg sedap. kalu macam saya,kebiasaannya akan goreng dengan sayur campur. :)

    ReplyDelete
  2. ooo...yer ada rupa macam telinga tikus gak...tapi ada satu lagi nama utk cendawan ni, tapi sensitip sikit...ekeke

    ReplyDelete
  3. kulat ni memang bagus untuk cairkan darah
    sesiapa yang nak surgery , operation memang pantang makan . Nanti bleeding susah nak stop , darah cair. Kalau nak buat rawatan gigi pun hati hati jangan makan ya .

    khasiat lain memang terbaik .
    boleh ditanam dalam beg kompos

    ReplyDelete