Sunday, October 7, 2012

Anggerek

Semasa sekolah rendah dulu nama kelas saya adalah Anggerek. Sempena memperingati nama kelas saya, saya namakan entry ini Anggerek. Memang anggerek atau  nama bandarnya orkid sangat cantik. Tapi saya belum ada perasaan nak bertanam orkid. Mak saya pula memang sangat minat dengan orkid. Saya pula paling suka tangkap gambar orkid. Sila nikmati gambar-gambar orkid yang saya ambil di CH.
 Bunga orkid warna coklat ini memang tak biasa saya lihat. Tapi saya paling suka warna coklat, jadi saya pilih bunga orkid warna coklat ini sebagai gambar pertama.
 Orkid ini rasanya mak saya ada tanam tapi bunganya tak sebesar yang ada di CH.


 Yang bertiga ini sama jenis, cuma warna saja yang berlainan. Bunganya besar-besar dan segar.
Orkid harimau ke ni? Memang macam belang harimau. Cantik dan tekstur bunganya adalah keras berlilin, mesti tahan lama kalau letak dalam jambangan.

4 comments:

  1. Orkid harimau menarik harumau kot nyer kan..heheh

    ReplyDelete
  2. Samalah kita. Kita pun kelas Anggerik.
    Saya tak berapa pandai jaga bunga anggerek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii...tak sangka yer sama nama kelas...ekeke

      Delete