Thursday, November 1, 2012

Dah Sampai pun Dia!


Benih yang di pesan dari blog Tanam Sendiri telah pun sampai dengan selamat dan sihat sejahtera. Nasib baik tak kena hujan. Kalau tidak tumbuh anak pokok pula dari dalam peti surat.

Terpaksa pesan benih-benih ini atas permintaan mak saya, sejak saya buka blog Semua Menjadi, mak saya pun semakin bersemangat untuk berkebun, tak mau kalah dengan abah saya.

Mak saya nak benih bunga telang. Mula-mula saya cadangkan mak saya minta benih bunga telang daripada rumah orang Cina yang ada dekat lampu isyarat hala ke opis saya. Tapi masa nak berhenti, nampak macam bahaya. Lagipun bunga telangnya seperti ingin dihapuskan daripada pagar rumahnya, nampak kekeringan. Sebelum ini hari-hari masa saya tunggu lampu isyarat, saya perhatikan bunga-bunga birunya dengan perasaan cemburu.

Benih yang lain-lain itu sampingan sahaja. Tapi benih labu manis fajar saya nak bagi abah saya. Kawasan rumah saya tak cukup besar untuk penanaman labu. Lagipun saya perhatikan pokok-pokok labu dan adik beradik labu yang abah saya tanam semuanya menjadi. Tambah lagi koleksi labu yang abah saya tanam. Saya pun boleh saya kutip bawa balik bila dah berbuah nanti.

Lupa pula nak bagitau, saya dapat benih kongsi kobis cina. Saya tak berapa suka makan kobis cina, tapi kalau kimchi saya suka. Bolehlah saya buat kimchi nanti kalau menjadi (angan-angan). 

Ini bukan kali pertama saya pesan benih. Yang lama pun sebahagiannya masih ada lagi dalam peti ais.


Ini pula benih labu manis daripada labu yang saya beli dekat pasar malam. Saya cadang nak tanam benih ini semata-mata untuk makan pucuk labu. Saya suka sayur pucuk labu masak lemak putih. Tapi bila nak tanam? Dekat mana?

12 comments:

  1. waa....dah sampai dah benih beli dari en.is. Happy garden rose.

    Saya pun ada simpan benih labu mcm rose...berangan dah nk menyemai bagai. Lately hujan tak berenti payah benor rasanye nk merialisasikan impian terpendam ni.....keke. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la kan, sy pulak dah tk de kws nk menanam

      Delete
  2. rose beli bila order ni..sy punya tak sampai lagi..order sebelum raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bli sblm raya aji, sampai semalam petang

      Delete
    2. ooo okey..tunggu lah...sy beli tanah semai tu...maybe berat..lambat skit kut

      Delete
  3. Suka labu...
    bestnya dpt benih baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. labu yg sy beli tu, ada lg dlm petiais...hahaha

      Delete
  4. Sya dah semai bunga telng..tp xdak tanda2 bercambah lg pun.huhu..

    ReplyDelete
  5. bersabar jer lah, ada rezeki bercambah la tu...hehehe

    ReplyDelete
  6. ler.. benih telang bersepah kat rumah (eksyen la pulak!) kalau nak lynn bagi jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahai...lewat sgt bagitaunya, dah beli pun, apa2 pun Tq...hehehe

      Delete