Tuesday, December 11, 2012

Cili Ungu - Jingga

Tanaman terkini di halaman rumah saya ialah sejenis cili. Walaupun selama ini saya kecoh bagitau yang saya tak suka makan pedas tapi pokok cili juga menjadi pilihan untuk saya tanam. Pokok cili yang lama dah kerinting daunnya di serang bena putih. Sudah puas di rawat tapi buahnya dah makin kurang malahan saiznya semakin hari semakin kecil.


Ini dia koleksi pokok cili terbaru di rumah saya walaupun orang lain dah lama tanam. Pokok cili ungu yang tengah sibuk berbuah.


Daunnya berwarna ungu dan buahnya juga berwarna ungu ketika masih muda.


Bila dah matang warna buahnya perlahan-lahan bertukar ke warna jingga. Ya, saya belum pernah makan cili ini lagi. Di rumah saya sambal belacan yang terakhir saya buat adalah kira-kira sebulan dahulu. Saya sangat-sangat jarang buat sambal kecuali teringin sangat.

 Selalunya saya guna cili api kalau nak buat masak lemak. Ya, saya juga sangat jarang masak masakan bersantan (macam la ada orang tanya soalan-soalan yang saya jawab tu).


Pokok cili jenis ini tak tahan cuaca panas jadi saya letak di kawasan teduh di hadapan rumah saya. Akarnya juga lebih banyak berbanding cili biasa. Harap-harap umurnya panjang dan menghasilkan buah yang banyak sampai saya jemu menggunakannya dalam masakan.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

5 comments:

  1. Cantik la. Nak tao pedas kah tak cili ni? try n tell me okay. i have the seed too but still tak tanam lagi :p

    ReplyDelete
  2. orang kata cili jenis ni kurang pedas..tapi ada jiran sy tanam pedas je...
    n mitos orang2 tua..cili yang ditanam akan pedas atau tak depend pada perwatakan gardener..kalau garang cili akan pedas...hehheh tak tau la..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, ada jugak denga pasal yg tu, ni yg malu nak bgtau pedas ke idak...hehehe

      Delete
  3. Ada jual biji benih cili ni tak :-)

    ReplyDelete