Monday, December 10, 2012

Tomato nan Sebatang

Ada sebatang sahaja pohon tomato yang masih hidup di rumah saya. Itupun hanya tomato ceri. Kecil-kecil sahaja buahnya. Sebelum ini gambar-gambar buahnya yang lain dah muncul pun kat blog ini. Tapi apalah salahnya muncul sekali lagi.


Ini gambar buahnya yang belum berapa masak, tapi ada sahaja tangan yang teringin nak memetiknya. Sabar tunggu dia masak dulu, baru boleh petik.


Dah masak pun, yang biru tu tali rafia. Ikat sahaja dengan apa yang ada, asalkan jangan patah dahannya. Sekarang dah boleh petik. Boleh di makan begitu sahaja atau di buat sebagai salah satu ramuan salad.


Inilah pokoknya, buah tak begitu lebat. Kurus sahaja pokoknya. Daun dah ada yang kuning, nampaknya dah diserang bena putih.


Rasanya agak manis walaupun tak berapa kena cahaya matahari. Yang di beli rasanya agak masam.


Pandangan dari bawah. Buah ini masih rangup rasanya walaupun warna dah merah menyala. 

13 comments:

  1. cantik je tgk pokok tomato org...sy punya cepat nak kena serang dgn benda terbang color putih tu...pastu berbuah 2-3 biji mati...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak secantik pokok kengkawan yg lain...lebat berbuah...hehehe

      Delete
  3. cantik dan subur rose punya tomato. Daun pun nampak lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 terus subur dan terus hasilkan buah yg lebih byk

      Delete
  4. cantik tomato ceri awak nie...makan gitu jer pun best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang nak makan, simpan buat hiasa selagi tak busuk...hhahaha

      Delete
  5. betul betul cantik macam cerikan.tanamlah banyak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg teringin nak tanam byk2, tapi kawasan tk mengizinkan, srang pun rumah dah nampak mcam hutan...huhuhu

      Delete
  6. tanam tomato ni mesti serangga yang warna putih-putih tu ada menyerangnya , tak lama tu tomato pun mati sedih...isk isk

    ReplyDelete
  7. jeles la tngok tomato tu.. saya punya kemarin nmpk-hri ni dah hilang, ni monyet tukang harvest punya psl. sama lh bena putih slalu je serang tomato. mcam mna nak hilangkn bena putih tu. ada tip boleh share sikit.. ?

    ReplyDelete