Thursday, December 13, 2012

Di Penghujungnya

Musim durian di rumah mak abah saya dah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi dekat tempat saya tinggal masih banyak lagi durian yang di jual di tepi-tepi jalan. Gambar yang saya letakkan di sini bukanlah gambar pokok durian di rumah mak abah saya tetapi daripada satu kawasan yang di namakan Trong/Terung di negeri Perak.


Gambar di ambil sewaktu saya pergi makan makanan laut dekat Kuala Terong. Sihat-sihat saja rupa pokok-pokok durian dekat sini. Buah pun lebat.


Buah-buah durian dekat sini diikat dengan tali macam yang pernah saya di lihat di lereng-lereng Bukit Bendera waktu saya bersekolah di Pulau Pinang dulu. Teringat zaman remaja dulu.


Cantik pulak saya tengok tali-tali tu, mungkin pokok durian ini dari baka baik sebab pokok yang lain tak diikat pun buah-buahnya dengan tali.


Ini buah durian yang saya beli dekat pasar malam dekat-dekat rumah saya. Kurang berkualiti. Tapi bolehlah kalau teringin sangat. Tak taulah asalnya dari mana.

6 comments:

  1. Tertanya pula saya apakah fungsi tali itu diikat sebegitu rupa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin.....supaya buah tu tak ilang bila jatuh kot, senang nk cari, tarik jer talinya

      Delete
  2. Ada yg letak jaring..supaya buah tak jatuh ke tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak sy jumpa yg camtu, selaluny kalo pokoknya dekat jln org lalu-lalang

      Delete
  3. Salam smRose,
    Rabu dan Khamis saya ronda-ronda di Perak. Memang murah durian di sana. Ada yang RM1.00 harga sebiji. Nampak kat luar ok jer. Saya teringin nak beli, tapi dalam kereta ada pakaian ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow!kena pegi beli ni...terima kasih sbb bgtau..hehehe

      Delete