Friday, December 14, 2012

Yang ku Idam-idamkan

Tadi sedang saya menemuduga seseorang tiba-tiba saya dapat panggilan telefon. Kawan saya suruh semak baki akaun bank. Wow! Ada pertambahan baki, saya dapat bonus kecik. Seronoknya.  Selesaikan kerja-kerja yang sepatutnya terus saya pergi ke nurseri kegemaran.


Saya terjumpa pokok ini yang telah lama saya idam-idamkan untuk menghiasi penyidai pakaian saya. Ya saya guna penyidai pakaian untuk letak tanaman gantung saya. Kawan opis saya kata ini adalah idea yang baik, dia pun nak tiru.


Pokok strawberi yang saya beli ini memang sudah siap berbuah, malah ada buahnya yang sudah busuk pun.


Saya beli dua pasu, biar dia ada kawan. Hargapun boleh tahan.


Selalunya saya geram tengok pokok strawberi ini dekat Cameron Highland, tapi diorang tak jual pokok strawberi. Biji benih diorang jual la. Tak sangka pulak saya dekat nursei kegemaran ada di jual pokok ini. Seperti yang kawan saya cakap, semua  pun ada dijual kat nurseri tu kecuali mak ngan bapak jer tak ade.

Selain dari itu saya juga ada membeli sepasang pasu plastik, sepasang bekas pemegang pasu  dan juga sepohon anak delima kiriman kawan opis saya.

5 comments:

  1. wahhhhhhh... syoknye... leh celop ngan coklat ni..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. masa mula-mula beli masam, tapi buah yg baru rasanya agak manis berbanding yg dulu

      Delete
  3. Salam smRose,

    Wah, bestnya pokok strawberi dengan buahnya bergantungan! Kalaulah terjumpa yg macam ni, mahu juga Mak Aji angkut balik!

    ReplyDelete