Tuesday, December 4, 2012

Opps! Timun Ladang Rupanya

Ingat lagi entry saya mengenai Timun Tikus?   Pokok yang sangat subur kelihatan seperti pokok labu. 

Betul sangkaan saya, sebenarnya abah saya tanam benih timun betik ataupun timun ladang bukannya benih timun tikus seperti jangkaan saya.


Pokok yang cantik menghijau dulu, daun-daunnya dah kekuningan, di sana-sini banyak buah timun ladang yang terbaring di atas tanah, ada sebahagiannya yang berlubang di mamah serangga.


Ini antara buahnya yang sudah matang tapi belum sesuai dimakan lagi. Tapi buahnya kecil dan kontot sahaja.


Buah timun ladang ini kalau dah masak, banya menusuk jiwa. Lebih wangi daripada bau tembikai susu. Tapi jangan terpedaya, rasanya tidak seenak tembikai susu. Selalunya rasa timun ladang ini tawar. Terkenal sewaktu bulan Ramadhan, sesuai dijadikan pencuci mulut dan disediakan dalam bentuk serawa iaitu campuran santan dan gula, selalunya ditambah ais dan campurkan dengan potongan buah timun ladang. 


Dua orang model cuti sekolah sedang memegang dua biji timun ladang atau timun betik yang berlainan saiz. Keduanya belum pernah makan serawa timun ladang sehingga ke hari ini termasuklah saya sendiri.

11 comments:

  1. besar jugak ya rose timun dia....timun ni memang tak memanjat ke rose? Atau ayah rose memang saja biar timun2 gemuk ni menjalar?. Mcm comel je timun dia... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la, dah disediakan kayu untuk memanjat tapi dia tak mau, pertama kali tanam jadi tak tau pokok ni jenis yg macamana

      Delete
  2. first time saya tengok buah timun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa tahun depan cuba carik kat pasar, kot2 jumpa

      Delete
  3. mak aih, besarnya timun! kalau ada benih extra jual kat lynn pls...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita buat sistem barter, tukar dengan benih bunga telang...hehehe

      Delete
    2. boleh, boleh..lynn ada byk benih bendi, telang, sunflower, lemon basil, bayam, tomato, cili & cosmos. Pilih jer yg mana nak, lynn hantar ya!

      Delete
  4. salam rose.. K Mar pun macam nak barter trade gak ni.. cer cakap nak tukar dengan apa.. kut - kut boleh ditukar.. bulb lili warna peach ada lagi.. zinia ada.. cer bagi tau dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak mar,
      bagi jer alamat kat email semuamenjadi@gmail.com. tak barter trade pun tak apa, sy ada banyak benih tu, tapi kalo nak bg apapun tak per, rezeki jgn ditolak...hehehe, kalau dah hantar alamat maklumkan sy kat entry terbaru yer, sy jarang bukak email tu

      Delete
  5. Assalamualaikum smrose...selamat berkenalan...dgn muka x malu (hehehe) saya pun nak benih nie..boleh ke...

    ReplyDelete
  6. salam.... sya dr jerantut pahang pun dgn muka x mlu nk jugak benih ni boleh

    ReplyDelete