Wednesday, December 5, 2012

Pujaan Hati Meletop!


Bunganya seakan-akan bunga markisa tapi buahnya berkulit nipis tak setebal kulit markisa, saiznya pula jauh lebih kecil. Inilah buah letup-letup yang menjadi pujaan hati saya waktu kecik-kecik dulu. Sebenarnya sampai sekarang pun ia masih menjadi pujaan hati saya.


Dekat rumah saya selalu juga pokok letup-letup ini hidup tapi malangnya selalu di musnahkan oleh jiran-jiran saya yang menganggap pokok iini sebagai rumpai. Kadang-kadang saya biarkan ia menjalar dekat pokok-pokok tanaman saya. Baru sahaja nak berbuah, ada sahaja tangan terlebih rajin tolong musnahkan pokok kesayangan saya ini. Gambar yang saya ambil ini adalah di kawasan rumah mak abah saya. Tak ada pula buah yang masak untuk di potretkan. 


Saya sangat sukakan buah letup-letup yang rasanya masam-masam manis. Kalau saya terjumpa pokok ini di mana-mana, saya akan pergi kutip buahnya yang masak sebanyak mungkin. Lepas itu makan satu-satu dengan penuh perasaan. Malahan saya pernah cuba makan pucuk daun letup-letup ini tapi rasanya tak sedap. Menurut pembacaan saya pokok letup-letup ini banyak khasiatnya.  Ia boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada badan, merawat luka dan juga boleh melegakan batuk.


Waktu kecik-kecik dulu (belum sekolah lagi), saya ada kenangan masam-masam manis berkaitan dengan buah letup-letup. 
Ceritanya begini, pada suatu pagi yang cerah, saya terjumpa banyak buah letup-letup yang masak. Saya pun kutip semuanya dan duduk di depan rumah mak abah saya. Saya pun makan buah letup-letup sambil memerhati orang yang lalu-lalang. Yang peliknya semua orang yang lalu tersebut akan pandang saya dengan rupa yang lain macam. Saya pun rasa pelik tapi saya buat tak tau dan terus menikmati buah letup-letup sehingga habis. Lepas itu saya pun masuk rumah. Kemudian baru saya teringat sebenarnya waktu saya makan buah letup-letup itu adalah bulan Ramadhan, patutlah semua orang pandang saya, rupa-rupanya saya telah makan di khalayak ramai waktu bulan puasa, nasib baik masih belum mumaiyiz jadi tak lah kena tangkap sebab tak puasa.

4 comments:

  1. Saya pun suka buah letup ni..teringat zaman budak2 dlu.duk kutip buah ni kt pagar sekolah.siap berebut rebut lg..skrg ni nk tgk pokoknya pun payah..hu.org duk cabut ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la diorang ni tk menghargai buah yg sedap ni kan...hehehe

      Delete
  2. comelnya foto buah letup-letup ni.. pernah dengar rupa tak tahu.. he he biasala macam-macam kisah belum mumaiyiz semasa bulan Ramadhan..

    ReplyDelete