Friday, January 11, 2013

Anak Tenggek Burung

Saya memang minat sangat makan ulam-ulaman. Semasa saya bekerja di Johor dulu senang sangat nak mencari ulaman di pasar setiap pagi. Tapi di tempat tinggal saya sekarang ini agak sukar mencarinya, kalau ada pun cuma di pasar malam tertentu.

Salah satu ulaman yang saya suka adalah ulam tenggek burung ataupun ada yang memanggilnya ulam cabang tiga. Saya sukakan rasanya yang lemak-lemak dan baunya yang tersendiri.

Di kawasan rumah baru mak abah saya banyak terdapat pokok tenggek burung ini, tapi mak dengan abah saya tak berminat dengannnya. Saya dah cuba pelbagai cara untuk menanam pokok tenggek burung ini di rumah saya tapi gagal.

Akhirnya saya minta bantuan abah saya untuk mencari anak pokok ini. Abah saya pun berusaha mencari anak pokok ini di kebunnya dan satu lagi batang pokok yang telah mengeluarkan tumas dan akar untuk memenuhi permintaan  saya.


Dalam pasu kecil hitam itu saya bawa pulang anak pokok tenggek burung.


Cuma satu sahaja yang kekal hidup hingga sekarang. Batang pokok yang sudah bertunas tersebut akhirnya kering  dan layu begitu sahaja.

 Rezeki yang ini pun saya sudah cukup bersyukur. Saya harap pokok ini membesar dengan sihat dan saya boleh ambil daun mudanya bila-bila masa saya suka. Jadi saya tak payah buang masa dan wang di pasar malam hanya untuk membeli seikat ulam tenggek burung yang saya gemari.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

6 comments:

  1. Setuju! Mmg sgt sedap dibuat ulam. Favourite saya juga.kene cari pokoknya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada jual kt nurseri kan senang...hehehe

      Delete
    2. Itulaa....rasanya ada jual online. Kene cari.

      Delete
    3. ooo...yer ker... kalau jumpa nanti bgtau ekk

      Delete
  2. Bagaimana saya nak dapatkan pokok ini

    ReplyDelete
  3. Boleh WhatsApp saya 0174559536 utk dapatkan biji benih dan anak pokok

    ReplyDelete