Thursday, January 3, 2013

Bunga Jingga si Delima

 Walaupun pokok delima depan rumah saya ini mula mengeluarkan bunganya yang pertama kira-kira tiga bulan lepas seperti yang saya ceritakan di SINI.

Buah delimanya tak muncul-muncul juga. 

Pokok delima ini rajin sangat berbunga tapi hampa, tiada buah yang menjadi. Semua bunga yang ada gugur ke bumi tanpa sempat menjadi buah, mungkin juga kerana musim hujan memudahkan lagi bunga-bunga delima saya gugur. Lagi pun kedudukan pokok ni beerdekatan dengan cucur atap rumah saya, tempat tumpuan air hujan mencurah turun, agaknya itulah sebab musabab buahnya tak menjadi.


Tapi, akhirnya penantian saya tak sia-sia.  Pokok delima saya telahpun menghasilkan buahnya yang pertama dan kedua. Namun bunga-bunga delima yang berwarna jingga kelihatan banyak di dahan-dahannya, berkemungkinan ada buah yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.


Ini dia buah delima yang pertama, saiznya dah sebesar penumbuk bayi.Daun yang kelihatan di sebelah itu adalah daun mangga saya yang tak berbuah lagi, lama dah saya tunggu, rasanya dah setahun lebih usianya.


Sebenarnya kedudukan buah delima ini agak tinggi, jadi saya terpaksa tarik dahannya untuk diambil gambarnya. Inilah rupa buah delima saya bila di lihat dr bawah pokok. Tak tau lah apa kata jiran-jiran saya bila tengok saya sibuk sana-sini menangkap gambar tanaman dengan memakai baju kerja. Harap-harap diorang tak baca blog saya. Nanti kecik hati pula.

Saya doakan buah delima saya ini sempat membesar dan masak di pokoknya dan rasanya manis seperti yang diinginkan selama ini. Amin.

8 comments:

  1. Semoga delima smrose semakin berbuah lebat.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. dan saya jugak dapt merasa makan buahnya, jgn di ambil org

      Delete
  2. rindu pokok delima bebuah pahit sy yg ditebang dulu lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tanam balik, sekejap jer dah bebuah balik kan...

      Delete
  3. Delima dah petik simpan dalam peti ais lepas tu bawak keluar time nak makan mmg sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. o...yer ker, slalu kalo bli trus makan, tak sempat masuk peti ais...hehehe

      Delete
  4. inshaallah sy doakan pokok delima ni membesar dgn jayanya...:D
    teringat masa pregnant cari buah delima punya la susah (masa tu tak musim)..terjumpa dipasar raya..dr india kut..rm9 sebijik..kecik ja..tapi mkn nya tak abis pun heheh teringin je lebih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orhg mengandung mmg elok makan buah delima utk dpt anak yg comel dengan mata yg cantik bersinar, adik sy dah cuba, mmg ananknya comel (dengan izin Allah)

      Delete