Wednesday, January 2, 2013

Boleh Makan Anggur


Anggur ini dah masak dua minggu lepas dan saya pun dah makan anggur ini.


Rasanya memang manis dan ia anggur jenis berbiji.


Buahnya berwarna kekuningan sedikit bila dah masak.






 Nikmatilah gambar anggur-anggur ini, nak bagi rasa tak boleh. Siapa kata kita tak boleh tanam anggur dan siapa kata buah anggur yang pertama kali berbuah rasanya masam.

Anak pokok anggur ini saya beli di Mardi Cameron Highland dengan harga RM10 sepokok. Ia di beli tanpa tahu pokok anggur ini dari jenis apa dan apa warna buahnya. Dibeli sekadar untuk mencuba tanam setelah banyak membaca laman web berkaitan anggur.

Ia berjaya berbuah setelah semua daunnya digondolkan. Tiada baja khas diguanakan pada pokok ini. Usia pokok ini daripada mula ditanam sehingga berbuah, rasanya kurang dari setahun tapi itupun saya tak pasti sebab saya tak catat betul-betul tarikhnya.

Jom tanam anggur!

Boleh baca sejarah pokok anggur ini di 

SINuN

SiNIN

SiNAN

dan

SiTU



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

23 comments:

  1. Wah tahniah...nie rs jeles nie tgk awak ade pokok anggur..manis lak tuh...camaner sy nak tanam jgak yer...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik jeles tau!...hehehe, apakata tanam dr biji benih...mesti bole punya

      Delete
  2. medium tanah mcm mnr? awk ada letak jaring atau apa2 untuk kurangkan direct cahaya matahari? kalau mnr ni menjadi nak try jugak tanam..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna tanah biasa jer, dlm bekas polisterin, tiada jaring, cuma pokok separa teduh letak separuh bawah 'awning', jom tanam, Malaysia boleh!

      Delete
  3. Mengenai gondol, bila puan gondol pokok ini? Setelah ia banyak cabang tumbuh atau ketika masih kecil lagi? Rumah saya ada juga tanam anggur. Sudah 5 tahun tapi masih tidak berbuah. Pernah dengar teknik gondol ni, tapi takut nak cuba kerana khuatir pokok anggur mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, melalui pembacaan penggondolan boleh di buat setelah panjang pokok melebihi 5 kaki. tapi pokok ini sesuka hati jer di gondolkan tapi mmg dah lebih drp lima kaki. masa digondolkan ni ada kawan yg kata pokok ni bakal mati tapi jgn percaya cuba dulu, ada rezeki dan diizinkan Allah berbuahlah dia.

      saya buang semua daun termasuk ranting2 yg terlalu kecil. daripada pembacaan, potong semua dahan yg kecil drp batang pensil. tapi sy tk buat la camtu sbb kebanyakan ranting mmg besar sikit jer drp batang pensil. sy buang mana yg sy rasa patut jer.

      Delete
    2. Terima kasih info ni puan! Bolehla saya mencuba nanti pada pokok anggur di rumah.

      Delete
    3. nanti kalo dah berbuah anggurnya jgn lupa kongsikan cerita dan gambar di blog yer

      Delete
  4. Kena gi Cameron la utk dptkan pokok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la kalo tahun 2013 ni harganya sama jugak...hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. sama-sama tabik spring...hehehe

      Delete
    2. Smrose kene buat satu entr bertajuk tips tanam anggur... Hasil yg menjadi ini memberi sumber inspirasi utk saya memulakan pembacaan tentang anggur :) Malaysia boleh!

      Delete
    3. boleh tu boleh, tapi malu kat org yg pakar kot2 tersalah tips...hehehe

      Delete
  6. arhhhh!!! bestnya!! cantik grape tu!! suka!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak rose, boleh ke panggil kak rose? saya minat pasal pokok2 ni. nak tanya pokok anggur ni hanya ditanam dlm pasu ke? atau di alihkan ke tanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, bole sgt la panggil kak rose tu, digalakkan...hehehe, pokok anggur ni sy tanam dlm bekas politrin besar tu, tk dialihkan ke tanah pun

      Delete
  8. salam. Tahniah semuanya menjadi. Best baca blog ni byk cerita pokok2 yg mengimbau zaman kanak2 saya..hehe..cth pokok letup2, jambu batu kg... Baru juga beli pokok anggur ni kat MARDI CH rm20 sepokok tp dah besar sikit la. Harap2 menjadi mcm smRose.

    ReplyDelete
  9. salam..sy ada membeli anak benih pokok anggur,dan sekarang dah pun di alihkan ke dalam pasu besar,tetapi kebanyakkan gambar pokok anggur yg sy tgk dlm blog2 org lain semuanya ada 1 pokok je dalam 1 pasu.tapi lan pula yang terjadi dengan anggur saya.1 pasu ada 3 pokok masa sy beli dlu.boleh tak saya asingkan pokok tu?

    ReplyDelete
  10. Akak baru saja tanam pokok buah anggur. Akak dpt beli anak2 pokok anggur RM10 sepokok di hots pots nursery tanaman pokok2 bunga di jln kuala kangsar lpoh tak jauh dari rumah. Ikut kata owner nya yg daun lebar anggur hijau..yg daun2 joreng pjg anggur merah. Baru mula tanam sebulan raya puasa dulu. Camne cara penjagaan & baja yg elok utk elok subur & berbuah besar & manis...

    ReplyDelete