Tuesday, January 1, 2013

Pulas Pulasan


Selamat menyambut tahun Baru 2013. Semua orang pun cuti jadi saya pun cuti.


Buah pulasan menjadi kegemaran saya sejak kecik lagi. Dulu di kebun abah saya, ada sepohon pulasan yang sangat rimbun. Dekat tepi pokok pulasan itu ada telaga kecik yang abah saya korek, tak ada air pun cuma kalau hujan barulah ada air bertakung.



Saya selalu pergi kait buah pulasan pantang bila buah tu mula masak, tak sempat tunggu warna merah semuanya,  Hari-hari pergi jolok buahnya sampailah habis musim.

Malangnya pokok pulasan tersebut telah tumbang pada suatu hari sebab hujan ribut, pokoknya rimbun sangat sampai tak tahan di pukul angin.



Buah pulasan selalunya manis, jarang-jarang jumpa yang masam. Tapi yang paling saya suka adalah bau pulasan yang sangat berbeza berbanding buah rambutan. Bau ini hanya peminat pulasan tegar sahaja yang perasan.


Walau macamana mahal ke, murah ke harga pulasan mesti saya beli. Saya perhatikan buah pulasan ini paling banyak dijual di jalan lama Tanjung Malim membawa ke Selangor.   

Sekarang ini musim pulasan. Mari kita makan pulasan puas-puas.

4 comments:

  1. Selamat tahun baru rose...:D
    a'ah buah pulasan manis..selalunya beli elok saja..tapi payah nak ada di kemaman ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui jugak yer, jarang rasanya jumpa buah pulasan kat pantai timur, selamat tahun baru juga nadia

      Delete
  2. Selamat tahun baru juga puan. Dahulu saya ingat pulasan itu rambutan tidak berbulu. Kemudian terfikir kenapa namanya pulasan? Apabila mak saya tunjuk cara nak makan buah pulasan, barulah saya tahu kenapa ia nama pulasan - sebab kena pulas.

    2 minggu lepas UPM ada buat pesta makan pulasan di ladang UPM. Sempat juga saya merasa. Tapi harga murah atau mahal itu bagaimana puan? Saya ni bukanlah peminat pulasan lalu kurang aktif tentang itu. Mungkin puan boleh terang sikit. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru juga tuan. Wau bestnya makan pulasan free (percuma ke makan kat pesta tu?.

      Tentang mahal murahnya pulasan tu, saya rasa tergantung pada musimnya, kadang-kadang saya jumpa RM8 sekilo (mahal pada saya), kadang-kadang RM2 sekilo (sy beli dekat Petaling Street). lagipun pulasan ni kan berat terutamanya kulit dia, kalau beli sekilo tu banyak mana sgtlah yg dapat kalau dibandingkan dengan sepupunya si rambutan.

      Delete