Tuesday, January 22, 2013

Cili Import


Inilah pokok cili import, tapi bukan import dari luar negara, cuma import dari rumah mak abah saya sahaja.


Mak saya memang suka menanam cili padi, ada satu deret pasu pokok cili padi di bahagian tepi rumah dan mak saya sentiasa semai pokok yang baru agar tak putus bekalan cili padi.


Ini sebenarnya pokok cili padi kedua yang saya import dari rumah mak abah saya. Yang pertama dulu dah hampir mati kerana diserang bena putih. tapi akhir-akhir ini nampaknya ada tumbuh tunas-tunas baru daripada pokok yang hampir musnah tersebut, saya ingat dah tak ada harapan. Malam tadi baru sahaja saya ambil beberapa biji cili untuk ramuan dalam masakan saya.

Macamana caranya saya import pokok cili ini. Senang sahaja. Saya perhatikan dulu deretan pokok-pokok cili mak saya, selepas mengenalpasti pokok yang paling sihat dan mengeluarkan buah yang cantik, saya akan minta dengan mak saya. Mak saya gerenti akan kata boleh. Saya kemudiannya akan angkut pokok tersebut dengan pasunya sekali ke dalam kereta. Anak mithali betul saya inikan.

Saya lebih suka guna cili padi segar daripada beli di pasar, sebabnya di pasar seganlah nak beli sikit-sikit, nanti tukang jual jeling-jeling pulak. Kalau dah terbeli banyak pulak, yang diguna sikit sahaja. Yang di buang lebih banyak, jika tidak pun akan kering secara semulajadi dalam peti ais. Seperti yang saya bagitau sebelum ini saya kurang makan pedas, cuma sekali-sekala kalau teringin saya akan masak sendiri mengikut kepedasan pada tahap piawaian saya.

6 comments:

  1. hehehe....sabar je la. Bagus cara rose import cili2 segar ni. hehehe....kurang2 tak la rosak dalam peti macam yang di beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bazirkan sumber semulajadi yg bole didpti drp parents kita...hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha...ingat td impot dr Bangladesh ya...hehehe

      Delete
  3. awak citer psl cili ingat psl 2 pokok cili sy baru nak remaja kena potong dek pemotong rumput..nak meraung2 pun tiada guna lagi..):

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam sungguh si pemotong rumput itu, mintak gantirugi kat dia

      Delete