Monday, January 21, 2013

Biru atau Ungu

  Kalau tak silap saya daripada dua orang rakan blogger yang sudi meneka, satu pun tak kena.


Warna bunga Hyacinth tu adalah ungu kebiruan atau biru keunguan? Apa-apa pun bunganya memang sangat wangi.


Taukeh nurseri kata letakkan bunga ni dalam rumah untuk bagi rumah wangi.


Memang wangi pun, lebih wangi daripada bunga melur dan baunya ada iras-iras bau bunga melur.


Saya letakkan bunga ini dalam rumah setelah bunga-bunganya mula mekar.


Saya perhatikan yang bunga ini akan mekar selama seminggu, selepas seminggu dah nampak tanda-tanda nak kering. Agaknya saya lupa nak siram air kot. Sekarang saya letak bunga ini dekat singki dapur, supaya senang nak siram. Walaupun dah mula kering, baunya tetap harum mewangi.

7 comments:

  1. Lain kali beli lagi dan saya cuba lagi :) apa2 pun cantik.

    ReplyDelete
  2. berbaloi jugak la beli ni, sampai ari ni wangi lg

    ReplyDelete
  3. salam kenal. singgah jejalan sini tngok bunga2 yg cantik =)

    ReplyDelete
  4. mana nak dapatkan bunga ni ye? akak ada jual x? cantik la bunga ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ade, yg ni pun jumpa satu jer kt nurseri

      Delete
  5. Assalamualaikum saya ada jual hyacinth bulbs whatsapp saya 01111106901

    ReplyDelete