Saturday, January 19, 2013

Pokok Bunga Hapa ke Namanya nih?



Namanya Hyacinth, mula-mula saya lupa nama bunganya. Masa dibeli pun main tunjuk-tunjuk saja. Kalau ditanya taukeh nurseri bukan pun tahu dia menyebutnya. Sudah selalu sangat saya tanya, semuanya dia tak tau, dia tahu jual sahaja.



Ada dua pokok/bawang sahaja yang dijual di nurseri pada hari saya membeli-belah di sana. Sekarang ini saya jadikan hari sabtu sebagai hari membeli-belah di nurseri sebab kalau membeli-belah dekat pasaraya pada hari sabtu tak disediakan beg palstik, leceh. Bukannya saya tak menyokong kempen kurangkan penggunaan plastik atau kempen kitar semula, tapi memang lecehlah terutamanya kalau lupa membawa beg sendiri.


Sebelum ini saya melawat nurseri pada hari Jumaat tapi terpaksa saya tukar hari lawatan kerana pada hari tersebut 'stok baru' sampai dari Cameron Highland dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Pada hari tersebut nurseri punyalah sibuk dengan pelanggan-pelanggan terutamanya peniaga pasar malam dan nurseri-nurseri kecil berhampiran yang membuat pengambilan stok di nurseri kegemaran saya. Agak sukar untuk saya mendapat perhatian daripada taukeh nurseri bila membuat pembelian yang kecil sahaja nilainya berbanding pelanggan yang lain itu. Lupa nak bagitau, kebelakangan ini saya tak nampak Kamal di nurseri, agaknya dah kena hantar balik negara kot.


Agak-agak kawan-kawan dan pembaca-pembaca sekalianlah, apa warna bunga yang akan mekar daripada kudup-kudup bunga itu ya.
Cer teka?

13 comments:

  1. Still wondering kat mana laaa nurseri kegemaran smrose ni. Kot blh singgah p ke kan. Saya teka colornya creme

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sy email...hehehe, cer bg email

      Delete
    2. saya pun tertanya2 kat mana la nurseri yang rose pergi. kerap pulak tu,mesti tauke kedai tu suka dengan pelanggan tetap dia ni. hehe.

      Delete
    3. Nampaknya bkn saya saja yg tertanya2. Mohon emel nurserinye dengan nama glamer kat situ. Kot kot dapat diskaun ;P

      Delete
    4. Ibu qistina kalau nak tau... email please...hehehe

      Delete
    5. saya pon nak tahu juga..email kat saya boleh..
      nadiwarna@gmail.com

      Delete
  2. mcm putih je warna he he...suka pokok ni. . Tengok dlm website je.. Wangi katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang wangi sgt, aromanya memenuhi ruang tamu rumah sy skrg ni

      Delete
    2. As salam, dah ada ker benih bunga ni.? Mmg suker sgt dgn bunga2an yg wangi ni..

      Delete
    3. Boleh ker syer nama dan lokasi nurseri yg selalu ros pergi tu?
      Email akak dayang_65@yahoo.com
      Terima kasih byk2...

      Delete
  3. Assalamualaikum mohon iklan hihi saya adajual hyacinth bulbs ni n tulip siapa nak blh whatsapp 01111106901

    ReplyDelete
  4. Berminat nk tahu nama nurseri tu smrose. Ini emel saya silversniff@gmail.com

    ReplyDelete