Thursday, January 17, 2013

Mari menuai Strawberi


Inilah hasl tuaian dariapada pokok yang saya ceritakan dahulu di SINI


Saya beli pokok yang sedang berbuah, bukannya daripada biji benih. Saya ingatkan pokok akan mati selepas semua buahnya dituai. Saya tak kisah sebab impian saya cuma nak memiliki pokok strawberi sendiri. Teringat betapa manisnya pengalaman memetik strawberi sendiri di Cameron Highland. Masa itu harga strawberi yang di petik sendiri cuma RM30. Selepas harganya meningkat ke RM40, saya jadi tak berminat mengutipnya sendiri, cukuplah kutip 2-3 peket yang di jual di sana. Tak taulah sekarang ini berapa harganya sekilo.


Sungguh tak saya sangka, pokok strawberi saya masih sihat di gantung pada penyidai baju di bahagian hadapan rumah saya. Malahan pokok tersebut telah mengeluarkan bunga-bunga baru. Harap-harapnya menjadi buah yang boleh dituai lagi pada masa akan datang. 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

11 comments:

  1. Sedapnye......kagum sangat rose boleh tanam. :)

    ReplyDelete
  2. wah memang semua menjadi lah...strawberry pun ada menjadi!

    ReplyDelete
  3. betul2 semua menjadi nih!!! hebat la mantra "semua menjadi" ni..macam doa pula hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tajuk blog ni niatnya utk jadi doa..bukti-sila baca posting yg pertama dr sy...hehehe

      Delete
  4. waahhh strawberry menjadi yee..knah pernah tnam, beli pokok kat cameron..tapi 2 minggu pastu matiii..:( salam singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb sudi singgah, sy letak tempat redup, agaknya pokok tu mati sbb panas kot...lain kali kita lertak dlm ekon yer...hehehe

      Delete
  5. Nak beli pokok ni kat mana?

    ReplyDelete