Thursday, January 24, 2013

Peluru Senjata Kayu

 

Pertama kali ternampak bunga ini di nurseri kegemaran terus saya teringat zaman kanak-kanak saya. Dulu pokok ini hidup liar di belukar berhampiran rumah lama mak abah saya. Senang sangat nak jumpa pokok ini dulu. Sekarang ini dah tak nampak bayang.


Saya tak tahu apa nama pokok ini, tapi masa kecik-kecik dulu saya dan sepupu-sepapat saya panggil pokok ini pokok peluru pistol. Bunganya yang berwarna jingga memang menarik perhatian, tapi ianya tidak berbau. Tapi bunga pada pokok ini bukan tarikan utamanya.


Ini dia yang kami cari-cari pada pokok menjalar dengan bunga jingga ini. Di dalam kelopaknya terdapat buah yang mempunyai tangkai runcing, Kalau saya ambil buah pokok ini dan keluarkannya tentulah taukeh nurseri marah. Tapi kalau siapa yang biasa dengan pokok ini mesti tahu rupa buahnya yang selalu dijadikan peluru pistol atau senapang kayu.

Buah pokok ini tak boleh dimakan, lagipun tak ada apa yang boleh dimakan pada buahnya yang keras berserat. Tak sangka pokok yang dulunya terbiar hidup di belukar, sekarang ini dah naik pangkat dan di jual di nurseri. Saya tak tanya pula berapa harganya sepasu. Mungkin pokok ini ada khasiatnya dalam perubatan tradisional.

4 comments:

  1. memang betul tu. masa kecik dulu kat kg selalu cari buah pokok ni main tembak2. kalau kena, perit sakitnya. dah lama tak tengok pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke....ingat saya jer yg guna buah pokok ni...naseb baik ada geng

      Delete
    2. Apa nama pokok ni yerr..masa kanak² dulu memang pokok ni buah dia buat peluru, skrg payah nk jumpa..

      Delete
  2. ini peluru paling 'bisa' sbb tangkainya tajam dan keras, berbanding buah terung rembang(pipit) dan buah cenderai...nostalgik pistol dan senapang kayu...

    ReplyDelete