Tuesday, January 29, 2013

Tuaian hari Selasa

Lama betul rasanya bercuti lima hari.  Saya balik ke rumah mak abah saya, pagi-pagi lagi saya dah melawat kebun abah saya, tapi nampaknya tak ada tanaman baru, semuanya serai, serai dan serai. Abah saya kata dia dah malas nak tanam pokok lain sebab ada babi hutan  datang mengacau pokok-pokok yang di tanam. Pokok yang paling disukai mereka tentulah pokok ubi kayu. Habis semuanya diranapkan oleh mereka-mereka itu.


Sempena hari pertama bekerja, saya kutip daun kunyit dan daun sup untuk diagih-agihkan kepada rakan-rakan di opis. Lagipun pertumbuhan daun-daun ini dah terlalu banyak untuk kegunaan rumah saya.

Nampaknya daun-daun kunyit saya dah ada yang kekuningan, menunjukkan isi kunyit sudah mula matang. Saya juga ada kutip beberapa isi kunyit untuk buat masak asam rebus dan ayam kunyit. Ini dah nak masuk kali ketiga kunyit yang saya tanam mengeluarkan hasil dan kemudiannya hidup kembali untuk menghasilkan daun-daun kunyit yang baru. Saya sebenarnya lebih banyak menggunakan kunyit serbuk yang dibeli berbanding kunyit hidup. Tapi, daun kunyit memang merupakan kegemaran saya, terutamanya kalau di masukkan dalam rendang.

Pokok daun sup saya pula usianya dah setahun lebih tapi masih setia mengeluarkan daun-daun baru setiap kali di potong. Kalau tak potong pertumbuhannya terganggu. 

Lupa pula nak cerita, masa saya balik ke rumah mak abah saya, kebetulan pula abah saya jumpa cendawan busut, apalagi puaslah saya makan cendawan busut kegemaran saya. Selalunya kalau saya tak sempat balik bila cendawan busut di jumpai, mak saya akan masak cendawan tersebut dan simpan dalam bahagian beku petias. Bila saya balik, saya akan angkut cendawan tersebut balik ke rumah saya, panaskannya semula dan makan dengan nasi putih panas. 
Erm...nyum, nyum!

7 comments:

  1. Sedapnya cendawan busut. Dulu masa kecik2 di Lenggong mmg selalu ikut opah cari pucuk paku, pucuk kaduk dan cendawan busut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sy tau org Lenggong ada mkn satu jenis cendawan warna merah, apa namanya ya?

      Delete
  2. Daun sup tu tanam dari benih ke cemana?

    ReplyDelete
  3. seronok bertanam2 ni bila subur menjadi..salam singgah =)

    ReplyDelete