Wednesday, February 27, 2013

Kebun Abah Saya Bahagian Tiga



Dulu abah saya bertanam pisang di kawasan ini, tapi semenjak beberapa orang manusia (pencuri) dah pandai menjual pisang ini tanpa kebenaran abah saya, ianya terbiar sepi. Sebabnya patah hati, penat-penat kita menanam dan menjaganya, orang lain yang sedap-sedap makan hasilnya. Lainlah kalau dimakan binatang dapat juga pahala.

Pencuri ini cerdik, dia akan mencuri bukannya waktu malam ker, subuh ker, dia buat pemerhatian dan kajian untuk mencuri. Abah saya ada letak jerangkap samar di bawah pokok pisang tapi tak mengena sebab pencuri datang waktu siang, dia nampak jerangkap samar lalu dielaknya.

Selalunya, pencuri datang waktu abah saya berhenti rehat untuk sembahyang. Betul-betul menduga keimanan dan kesabaran.

Tapi kebelakangan ini, abah saya sudah mula menanam kembali di sini. Tapi bukanlah pokok pisang, contohnya keladi. Ini keladi isi, batangnya jarang-jarang orang makan. Tapi abah saya mula menanam kembali di sini ada juga sebab lain.



 Selain dari pokok keladi, abah saya juga ada tanam pokok serai kegemarannya. 


Salah satu sebabnya kenapa abah saya mula bertanam kembali di tempat lamanya ialah kerana ada pulak orang yang buka kebun baru di kawasan kebun abah saya. Siap pasang pagar bagai, masa buat pagar siap alihkan pokok-pokok yang abah saya dah tanam. 

Tanah di situ bukan tanah dia mahupun tanah abah saya. Tapi tolonglah hormat senior sikitkan. Abah saya orangnya penyabar, dia kata biarlah. Tapi anaknya kurang penyabar, ada la rasa marah tapi simpan dalam hati sahaja.  

Kalau rajin bacalah pasal kebun abah saya lagi DISINI dan DISINUN.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?



12 comments:

  1. Kena letak pagar letrik tuh nak halang pencuri...keladi apa tuh, untuk ubi yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keladi utk ubi, tapi nama lupa nk tanya abah

      Delete
  2. samalah kes pisang tu..kesian nenek sy..penat-penat tanam..orang lain yg dapat hasil..bukan itu saja..lepas pisang dh abis..pencuri ni masuk umah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, itu sudah sgt bahaya, abah saya kata dia rasa perampuk tu penagih dadah yg dikenali

      Delete
  3. Salam kenal..singgah sat kt kebun ni...selalunya org kata berbudi pada tanah akan dapat hasil ..ni dah lain pulak cerita, pencuri pulak yg kebas hasilnya...apa-apa pun pencuri tu konfom tak kaya dgn bz haram mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dan selamat dtg, mmg pencuri tu tk kaya, kayap lg sbb isap najis dadah

      Delete
  4. sama..kolam abah lynn selalu kena hendap. Dia siap ambil jala lg. Hari tu abah tanyakan, dah curi ikan, jgnla curi jala sekali, mana letak? Dgn muka temboknya dia menjawab...'owh,kat sana pakcik"...adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, sungguh 'berhemah' pencuri itew! hehehe

      Delete
  5. Susah tul ada jiran yang kurang berbudi bahasa mcm ni...bukan susah pun,bg tahu la nk bercucuk tanam sama..nk mintak sikit ruang. At least respect senior yang dah lama duduk situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nasib kan nak dpt jiran cenggitu, dugaan

      Delete
  6. wah luasnye, tanah juga sangat subur.Bab nak rampas tanah ni, jangan dibiar Ros, orang tua memang sabar, tapi anak2 kena bertegas.Orang sekarang, tanah dah ada geran pun, boleh juga keluar geran baru sampai bertindan..last2 masuk makhamah...upah bicara kat makamah pun banyak keluar duit, kalau hakim telah dirasuah, aduhai..malanglah nasib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu kak, kita ni sentisa kene berhati-hati kan

      Delete