Tuesday, February 19, 2013

Nak Buat Apa dengan Tuaian Hari Selasa?

 

Buruk sangat rupanya tuaian saya ini. Itu belum tengok tangan yang menuainya,  penuh dengan tanah.

Pokok kunyit di rumah saya ini asalnya daripada semaian mak saya sempena saya pindah ke rumah yang saya duduk sekarang ini. Maknanya umurnya dah setahun lebih. Sudah dua kali pokoknya layu dan kering dan kemudiannya hidup kembali. Selama ini saya cuma guna  daunnya sahaja. Kalau nak guna kunyit dalam masakan, saya guna kunyit serbuk sahaja.

Tiba-tiba saya rasa teringin pula nak melihat ibu-ibu kunyit yang ada dalam pasu kunyit saya yang sederhana besarnya. Saya mulakan dengan membuang batang-batang kunyit yang layu. Kemudian saya korek perlahan-lahan tanah di sekeliling tunggul kunyit, saya jumpa kunyit. Korek dan korek lagi sampai sepertiga dasar pasu pun saya masih jumpa kunyit lagi. Banyak sungguh isi kunyit yang ada berbanding dengan pokok kunyit dan saiz pasu.

Agaknya kalau saya biarkan lagi, tak ada ruang dah isi kunyit nak membesar.


Selepas itu saya cuci isi kunyit. Banyak tanah yang melekat. Mula-mula saya guna berus khas pencuci botol untuk buang tanah tapi kulit kunyit yang tertanggal. Akhirnya saya rendam dalam air dan kemudian gosok dengan tangan sahaja.


 Kemudian saya biarkan kering dan saya bungkuskan dalam beg plastik.


Bukan satu beg plastik tapi banyak beg plastik. Apa lagi kalau bukan nak di agih-agihkan kepada rakan-rakan opis. Agaknya diorang pun dah bosan asyik menerima hasil tuaian saya.

Ada juga saya terfikir nak buat serbuk kunyit, tapi macam leceh sahaja kerjanya. Lagipun takut serbuk kunyit yang bakal saya buat berlapuk sebelum habis digunakan sebab kunyit serbuk yang saya beli ada banyak lagi. 

Lebih baiklah saya bersedekah kepada kawan-kawan supaya hasil kebun saya lebih meriah dan mewah.

Sebahagian daripada kunyit ini ada yang saya tanam semula di pasunya, selebihnya saya gunakan untuk masak asam rebus, ayam goreng kunyit dan juga ikan parang masak lemak campur belimbing buluh.

10 comments:

  1. bestnye jadi mamber office rose,dapat merasa hasil tanaman rose. Jiran yang tanam blackcurrent tu tak bagi ka?...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak lupa lak kat jiran, patutla dia asik perli jer...(tapi dia kaya, takut dia tak makan kunyit jenis biasa...hehehe)

      Delete
  2. Replies
    1. jual kat pasar...takut plak nanti boss nampak ponteng keje sbb berniaga, pasar malam....letih la

      Delete
  3. i wanted to be your colleague, to receive hasil tuaian is a gift, where can bosan one

    ReplyDelete
    Replies
    1. i want to be ur colleague too, then we can share/exchage our tuaian...hehehe

      Delete
  4. tolak je kat kedai runcit..boleh kot.. Hehehe. samalah dengan mak saya, sekali korek kunyit sebaldi. Try buat serbuk kunyit tapi memang leceh. Bila blend dia tak betul2 hancur. Last-last saya bawak gi lab dan masukkan dalam sabun buatan sendiri. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan la nk tolak kt kedai runcit lagipun tak de la byk sgt pun, letak dlm sabun...bagus utk kulitkan, macam org india yg slalu tempek kunyit kat muka

      Delete
  5. Buat ubat gastrik memang mujarab. Blend segenggam kunyit campur garam sket minum.....rasa dia pergh!!!!!! tapi sakit perut boleh ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooooo, barulah saya tau, terima kasih OGY dan selamat datang

      Delete