Wednesday, February 20, 2013

Kebun Idola

Ingat penyanyi sahaja yang layak di jadikan idola? Kebun atau pekebun pun boleh juga.


Inilah gambar kebun yang sangat mengujakan saya setiap kali saya lalu di hadapannya. Untuk pengetahuan semua kebun ini bukan terletak di Cameron Highland. Kedudukannya dekat dengan opis saya, jalan menuju ke nurseri kegemaran.

Kebun ini jaraknya daripada jalan raya, saya kira cuma dalam 2 meter. Dekat sangat, kalau lalu naik motor sempatlah agaknya kalau nak cabut sepokok dua salad yang kelihatan subur ini. Malangnya saya naik kereta, motor dah jual, skuter dah bagi dekat adik, basikal pula dah sedekah dekat orang lain masa pindah rumah dulu.


Sudah lama saya angan-angan nak ambil gambar kebun ini, tapi tukang kebunnya selalu ada dekat depan rumahnya. Malu pulak rasanya nak tangkap-tangkap gambar. Kalau tukang kebun marah, saya juga yang susah lagipun kereta saya selalu lalu depan rumahnya dan selalu berhenti depan rumahnya sebab rumah dia dekat dengan lampu isyarat, nanti dia kenal.

Saya dapat tangkap gambar ini pun sebab masa itu lampu isyarat warna merah, tandanya berhenti.


Sayur-sayur yang di tanam di kebun ini selalu berubah-ubah. Kebun ini betul-betul dihadapan rumah pemiliknya. Hebat! Macam-macam jenis sayur ada. Sihat-sihat pulak tu, tak taulah baja apa yang dia pakai, ada orang kata guna baja air kencing yang dicairkan boleh juga....hehehe.


Saya tak letaklah gambar rumahnya sekali sebab saya takut kena saman.

Tapi kebun ini memang sangat menarik minat saya. Saya pun teringin nak ada kebun yang macam ini. Tapi guna baja jenis yang lainlah.

14 comments:

  1. orang cha ya nun alif sy dengar selalu guna baja ayak kencing..heheh

    ReplyDelete
  2. haiya..lynn keturunan cina tp yg tu x pernah guna..dad pure chinese pun x buat benda2 tu sbb nak makan sendiri..eww kembang tekak! tp sebenarnya mmg ramai yg buat. Kalau lynn lah.. berhenti, buat2 baik ngan tuan rumah, mintak kebenaran snap sana sini dan..untung2 dpt benih! he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua camtu kan..hehehe, bukan tanak berkenalan atau buat baik ngan tuan rumah tp majoriti diorang ni hanya berbahasa ibunda mereka, bahasa lain tak tau, kang dia ingat menda lain plak

      Delete
    2. yg kat fiji nie yg orng selalu ckp buat cam tuh..heheh..sorry yer lyn..cuba bygkan kalo bangun pagi2 gie kencing kat kebun..heheheh

      Delete
    3. yg kat fiji nie yg orng selalu ckp buat cam tuh..heheh..sorry yer lyn..cuba bygkan kalo bangun pagi2 gie kencing kat kebun..heheheh

      Delete
  3. Dia punya kebun nampak hidup sangat. Memang gardener tegar yg rajin. Harap saya pun boleh serajin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebab la ianya kebun idola sy, harap semangat pekebunan tu hinggap kat saya...hehehe

      Delete
  4. salam kenal dan salam ziarah.

    Juga berminat saya ni dengan berkebun macam tu walau tanah hanya secebis kat luar rumah..

    ReplyDelete
  5. Selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah, majulah pekebun untuk negara...hehehe

    ReplyDelete
  6. BIO-ONE PLUS
    BAJA CECAIR MIKRO

    andungan:
    Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.

    Kebaikan:
    Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
    Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.

    FUNGSI UTAMA PRODUK
    - Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
    - Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
    - Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
    - Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
    - Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
    - Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan


    KELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
    1. KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
    2. LEBIH MURAH
    3. MENJIMATKAN
    4. DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
    5. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT,SAWAH PADI DLL


    sebarang pertanayaan bolehla hubungi saya
    arif
    email: mdaarifent@gmail.com
    phone:0124501152

    ReplyDelete
  7. slm, mohon bntuan....
    sy dpt tanah untuk di usahakn... bercadang nk tanam serai peha ayam. ttp tnh tu di lereng bukit, de pokok besar 2 3 btg.....
    sesuai ke kwsn tu di tanam dgn pokok serai? kwsan tu pn tak terlalu pns? klau x sesuai, de cdngan lain x untuk sy usaha kn tmpt tu.....
    hrp bantu, tqvm

    ReplyDelete