Thursday, February 21, 2013

Belum Cukup Matang


Setiap kali balik ke rumah mak abah saya, geram betul saya tengok buah markisa yang ada di pokoknya.


Ada dua biji sahaja. Tapi ia menggamit-gamit saya untuk memetiknya. Anak pokok markisa ini saya beli di Mardi Cameron Highland. Cadangnya nak tanam di rumah saya, tapi memikirkan kawasan di rumah saya yang kurang, saya berikan sahaja kepada mak saya.


 Akhirnya saya petik juga. Mak saya kata boleh. Abah saya pun kata boleh, lagipun saya yang belikan anak pokoknya kan, takkanlah diorang nak marah.


Saya ambil pisau dan potong. Buah ini ringan sahaja sebab kulitnya bergabus.


Isinya seketul-seketul, tak berair pun, menunjukkan belum cukup matang.


Saya ambil isinya dan masukkan dalam mulut, masam ketumpam (pernah dengar ker perkataan ni?). Sesuai di potretkan sahajalah nampaknya untuk tatapan saya dan pembaca blog Semua Menjadi

Tak apa. Ada sebiji lagi.

7 comments:

  1. Tak pernah rasa lagi buah markisa...Kalo masak mesti rasa dia masam2 manis gitu. :)

    Cepat betui rose petik,tak dan masak....... :)

    ReplyDelete
  2. sy kalau buah yg jenis berbiji..makan kena buang biji nie mcm malas sket nak makan...leceh n pemalas...huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. uii susah tu, tak apa...gerenti tak tumbuh pokoknya kat perut...hehehehe

      Delete
  3. salam rose,
    saya tak pernah rasa buah ni..manis ke masam?..apanya yg di makan isi putih atau biji warna kuning tu..maaf betul2 sakai ni hehehe..

    ReplyDelete
  4. salam kak, rasanya manis-manis masam, bkn ker kat sana byk buah ni, yg kita makan yg kuning tu la, slalunya buat jus

    ReplyDelete
    Replies
    1. aeria pantai barat rasanya tak ada org tanam ni, tak tahu pula sebelah2 daerah pertanian di utara atau selatan.

      Delete