Friday, February 22, 2013

Yang Saya Cari

 

Saya nampak dia ni dekat laman rumah mak abah saya, terus saya terpikat.


Saya ambil batangnya, 2 sahaja. Kesian saya tengok pokok bunga ros jepun mak saya, karang ambil banyak-banyak botak pulak hiasan taman mini mak saya.

Pagi tadi ada saya belek-belek pokok ros jepun saya, tapi tak nampak pula batang hidung biji benihnya. Kalau tidak senang sikit nak berkongsi dengan kawan-kawan.


Sebenarnya saya cari yang warna merah jambu, tak ada pula yang mekar masa saya tengok-tengok. Yang ada pun dah layu (seperti dalam bulatan dengan anak panah).




Inilah koleksi ros Jepun mak saya, sekelumit cinta sahaja. Tanah di sana agak berpasir jadi ros jepun tak berapa nak subur. 

Dekat rumah saya pula, daun dan batangnya terlalu subur sampai terkeluar dari pasu. Warna ni semua saya dah ada, ke mak saya pun ambil batang pokoknya daripada saya, entahlah mana-mana pun boleh.

Saya ingatkan saya seorang sahaja yang gilakan ros jepun, tapi masa bersembang dengan kerani dekat opis saya barulah saya tahu sekarang ini ros jepun telah menjadi satu 'fenomena' di halaman orang ramai kini. 

Tapi saya rasa, kalau untuk orang bekerja 8-5, rumah jauh pula tu, balik kerja dapat tengok daun ros jepun sahajalah kecuali hari cuti.

7 comments:

  1. Cantiknye colourful ros jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari yg lg cantik, yg berbelang-belang pulak

      Delete
  2. salam Rose,
    yang biru tu ros jepun juga ke?saya tak pernah lihat bunga ni berwarna biru atau ungu, biasanya putih, pink, merah, oren, kuning dan warna bercampur berjalur2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kak, tu mexican petunia mak saya yg gugur dr pokoknya

      Delete
  3. ada warna biru erk? lynn punya ada byk jenis petal dan color, yg berlapis2 dsb. Tp lintah bulan dan siput suka sgt bunga nih.. last2 abis lynn cangkul buang sbb jadi srg siput dan lintah bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg biru tu bunga lain...hehehe. btul la pasal siput tu, sy tgk kt pasu tu pun byk siput

      Delete
  4. Saya pun gilakan ros jepun ni atau arwah mak saya panggil bunga lidah pipit. Dulu kat rumah lama, saya tanam byk, tapi tak naik2. Baru2 ni saya start kumpul lagi... senang hati saya bila tgk dia berkembangan.
    Saya nak tanyalah kan, kalau saya letakkan sepasu bunya kecil ni kat dalam office, agak2 dia akan mekar tak? Bukan apa office saya start kempen hijaukan office. Ramai yg tanam jenis2 rumput tak ada bunga. Saya ingat nak tanam pokok ni? Sesuai tak?

    ReplyDelete