Sunday, February 10, 2013

Pucuk Mulberry

Kira-kita setahun lebih dahulu saya telah di tipu oleh taukeh nurseri yang menjualkan sepohon 'raspberi' yang sebenarnya adalah sepohon mulberi dengan harga RM6. Walaupun begitu saya sangat sayangkan pokok mulberi saya kerana senang sangat nak dijaga. Tak banyak karenah dan tak banyak penyakit serta serba boleh.


Mula-mula dulu saya suka makan buahnya yang manis bila dah berwarna hitam. Tapi semenjak semut-semut dekat pokok dah pandai makan buah mulberi untuk mengubati penyakit darah tinggi mereka, saya hanya mampu melihat buah mulberi saya merah dan kemudiannya hilang secara tiba-tiba keesokan harinya.


Pedulikan semak samun di dalam gambar. Pokok mulberi ini saya tanam di sempadan rumah saya dengan jiran sebelah kanan. Yang semak samun itu ialah  taman firdausi jiran sebelah kanan merangkap adik kepada jiran sebelah kiri saya (perangai pun sama naik, adik beradiklah katakan).


Sekarang ini saya hanya mampu makan pucuk mulberi. Selalunya saya rebus, kadang-kadang-kadang saya masukkan dalam ramuan ikan herba. Tapi mak saya dah sudah pun mula menanam mulberi berkata bahawa pucuk mulberi juga sedap kalau di buat tumis air. Kebelakangan ini mak saya sedang giat membiakkan pokok mulberi untuk mendapatkan pucuknya. 

Saya pun mungkin akan menukar  sayur kegemaran saya iaitu pucuk ubi kepada pucuk mulberi. 

Lepas ini apa kata kita cuba buat masak lemak putih pucuk mulberi.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

18 comments:

  1. Tanam gak pokok mulberi dr keratan. Kelima2nya kematian....nnt hujung bln nk order lagi. Ttg idea masakan tu blh juga nk cubanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang2 kejadian keratan mulberi mati, lambat tanam kot ni.... kita cuba lagi

      Delete
    2. kalau ikut pengalaman sy 2,3 tahun neyh,lambat atau cepat tnam keratan mulberri xder efek sgt pd mulberri sbb sy pernah kerat ranting2 mulberry sy dan biar selama 2minggu,.bila tnam,hidup je..bg sy la,kalau nk tnam dr keratan,saya cucuk terus ke tanah...xperlu korek tnah terlebih dahulu..sbb biasanya kalau saya korek tnah untuk tnam keratan itu,mesti mati...kalau cucuk ke tanah terus,hidup pulak..pelik,tp benar..huhuhuu.. ^_^

      Delete
  2. salam Rose,
    wah banyaknya pokok mulberi, sampai buat sayur. Tanam terus atas tanah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tanam dalam pasu tapi akarnya dah masuk dlm tanah, mak sy tanam atas tanah. sy rasa pokok mulberi ni lebih elok tanam terus atas tanah, pokok lebih besar dan sihat

      Delete
  3. Cuba buat masal lemak pucuk mulberi lak..mesti nyaman kan..:)

    ReplyDelete
  4. nanti sy cuba, kita tungguuuuuuu

    ReplyDelete
  5. Hmmm. Kalau bab masak-masak ini saya tak berani mencuba masak pucuk-pucuk pelik. Yelah. Setakat ini mak saya masak pucuk ubi dan mengkudu (ini serius pahit!).

    Apabila melihat en. Iskandar memperkenalkan makanan-makanan pelik (bagi saya pelik kerana saya tak pernah makan).

    Sekarang puan Rose pun ada berkata tentang pucuk pelik ini, terasa pula nak makan.

    Bagus perkongsian ini. Membuka minda saya ada lagi benda lain nak makan selain pucuk mengkudu (yang pastinya pahit!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Wong, pucuk ini sedap, rasanya manis-manis gitu

      Delete
    2. Terfikir pula apa khasiatnya yea? Puan selalu masak buat apa selain rebus? Mungkin nanti boleh kongsikan resipi rahsia pucuk Mulberi.

      Delete
    3. saya pernah masak rebus dan masak dengan ikan herba shja, dah baca pasal resepi ikan herba saya? mesti belumkan

      Delete
  6. Kadang2 saya suka sedikit semak, tambah lagi bila perlu pergi kelain seminggu. Semak pada mata memandang tapi pokok dapat bertahan, ada pelindung cahaya matahari!. Kalau semak melampau, alamat kena biasa berkawan dengan ular le....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semak jiran sy tu tak de la sampai ada ular...hehehe

      Delete
  7. Ha ha ha...lawak pagi Jemahat...."taman firdausi jiran saya"? Kelakarlah awak ni...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa buat lawak untuk mengubat hati yg sakit...hehehe

      Delete
  8. Assalamualaikum.
    Boleh tolong saya kenapa pokok mulberi saya layu?
    Dia sedang nazak. :(

    http://thekeding.blogspot.com/2014/03/mulberi-rupanya-nama-kau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca pun entri menarik kat blog tu, hehehe...klaka pun ada, mmg la layu sebab tak cucuk ke tanah. lenkali lepas culik dr rumah opah tu, terus cucuk kat tanah, baru lah sihat dan boleh membesar bagai johan...hehehe

      Delete
  9. Dah lama kenal pokok melbery ni,tp baru minggu ni jinakkan diri ...air rebusan pucuknya power...setanding dgn ketum..
    Esok nk Cuba buat masak lemak...

    ReplyDelete