Friday, February 8, 2013

Ros Jepun Boss

Hari ini penat betul badan. ke sana-sini mengalahkan orang nak raya. Mula-mula pegi sarapan dengan rakan-rakan opis, makan nasi goreng kampung lauk ayam kunyit, lepas tu siap bungkus pasembor kengkononnya susah nak dapat, tengahari nanti boleh makan. Sampai sekarang pun tak makan lagi, agaknya dah basi kot.

Selepas itu pergi buat refleksologi, sembang punya sembang, ada kawan mengadu sakit kepala, ada pula kawan lain yang kata sebab radiasi daripada komputer skrin besar yang digunakan. Saya kata kalau nak kurangkan radiasi letaklah pokok kaktus dekat dengan komputer. Kawan-kawan kata kenapa tak bagitau awal-awal. Saya ingatkan semua orang tau macam saya, rupanya tidak. 

Selepas itu kawan-kawan ajak ke nurseri pula untuk beli kaktus, ada pula kawan kirim beli anak pokok delima dengan anak pokok mata kucing. 

Tak habis lagi, ada pula kawan ajak ke pusat membeli-belah untuk beli hadiah kawan yang baru bersalin. Selepas itu ada pula kawan lain lagi ajak pula pergi pusat membeli-belah lain, siap beli limau untuk bagi jiran dia, betul-betul mengalahkan orang nak raya. 

Hasilnya  badan terasa sangat letih tapi gagahkan juga diri ke pasar malam untuk beli ikan. Balik rumah kena menaip blog pula (hehehe...macamlah ada orang paksa).


Sebagai hiasa kepada cerita penat saya hari ini, saya letakkan gambar bunga ros jepun berwarna jingga kecoklatan yang keratan batangnya di beri oleh boss saya (lelaki yer). Boss yang sama bagi lengkuas tu

Boss saya ni kalau memberi tak tau sikit-sikit, mesti banyak, lepas tu tak habis, terpaksalah saya agih-agihkan pada kawan-kawan seopis yang lain.

Cantik juga warna ros jepun ini, saya bercadang nak tambah lagi koleksi ros jepun bentuk bunga tisu ni kepada warna merah jambu muda, saya tengok mak saya ada pokoknya. Cuti panjang ini bolehlah balik rumah mak abah saya dan ambil pokok bunga ros jepun warna merah jambu muda pula. 

Setakat ini saya ada warna putih, merah jambu pekat, kuning dan jingga kecoklatan. 

5 comments:

  1. Bestnye boss. Boss saya pulak...saya minta biji benih. Setakat ni bos saya bg peria dan rosselle :) best jugak ros jepun tu. Kalau nak mintak beli keratan btg setiap satu jenis blh ke ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat gk boss awk tu, beli? hehehe...tk pandai nk jual cam Tanam Sendiri dan kebun bahagia bersama...ekekeke

      Delete
    2. Xpee..jual kat saya jee :)

      Delete
  2. murah hati betul bos awk...tapi betul best kalau ada yg mempunyai minat yg sama..boleh share2 cerita..sy kalau nak cerita bab pokok2 ni tak ada yang minat nak dgr....heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 dlu pun tak de gak kengkawan yg nk denga, lps bwk hasilnya ke opis dan tunjuk gambar2, nampaknya ramai juga yg berminat

      Delete