Wednesday, February 6, 2013

Tumbuhan Idaman Mak Saya


Ada orang kata, bukan saya yang kata, hari rabu tak elok menceceh banyak-banyak. Tapi boss saya, hari rabulah yang dia menceceh paling banyak sebab selalunya hari ini ada mesyuarat di opis saya. Jadi supaya cepat naik pangkat, saya nak ikut boss saya menceceh sikit-sikit pada hari Rabu ini.

Gambar di atas merupakan pokok idaman mak saya. Kalau saya tak silaplah. Mak saya bagi gambaran rupa pokoknya. Saya pun agak-agak, pokok yang mana agaknya. Saya tangkap gambar ini dengan tujuan nak tunjuk pada mak saya, betulkah ini pokoknya.

Tapi tak sempat tunjuk, saya beli sahaja pokok ini. Walaupun pokok ini kelihatan tak berapa menawan tapi harganya mak aii, boleh tahan mahal. Itupun yang dijual dalam plastik, kalau dalam pasu, harganya naik tiga kali ganda.

Bila saya bawa balik pokok ini (saya beli satu sahaja, mak saya nak dua), mak saya kata, macam lain jer pokok ini ( saya pun rasa ini bukan pokoknya, yang mak saya nak tu pokoknya laaaaaagi mahal daripada yang ini). Tapi sebab saya yang belanja (sambil saya bagitau harga pokok ini), mak saya diamkan sahaja.

Sambil itu, mak saya pesan, lain kali kalau balik beli lagi satu yer.  

(Sebenarnya tak adalah mahal sangat harganya, cuma saya kedekut jer...hehehe) 

12 comments:

  1. pokok apa ni yer..dia ada ubi besar ke nanti..kalau kat umah mak sy..daun berjurai mcm ni..tapi ubi nyer besar timbul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam ada menda yg dikata ubi tp batang tu kan...kita tungguuuuu

      Delete
  2. Hiasan tepi2 nie lawa nie pokok nie..yg pokok mak awak nak tuh camaner lah gamaknya..:)

    ReplyDelete
  3. Pada mulanya saya ingatkan pokok 'elephant foot' tapi saya lihat tidak pula dasarnya besar. Mungkin mak puan inginkan pokok itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali TUan Wong, itulah sebenarnya pokok idaman mak saya

      Delete
  4. kalau lynn bagi pokok kat emak, gerenti mati! sbbnya? dia tak suka bunga, tak suka garden, tak suka masak, tak suka jaga cucu, sumernye tak suka...yg dia suka? MENYOPING! itulah mak kesayangan lynn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ketawa besar sy mebaca kenyataan dr Lyn nih, seperti yg kakak sy selalu kata , " dah itu mak kita, terima sahajalah dia seadanya....hehehe!"

      Delete
  5. Besar pahala bg mak kita gembira. Gembirakanlah mak sementara dia masih ada. Bila mak gumbira sudah tentu dia asyik ingatkan kita dlm doanya. In shaa Allah dipermudahkan urusan naik pangkat nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btoi, btoi, btoi....bedosa plak rasanya sbb kedekut ngan mak sendiri...heehehe

      Delete
  6. rasa macam bukan, abang elephant foot kot, elephat feet...hehehe (gurau jer)

    ReplyDelete