Saturday, February 2, 2013

Wanginya Kamu!


Bunga Melur di laman depan rumah saya sedang galak berbunga. 

Baunya sungguh harum memikat jiwa. Tapi mekarnya cuma seketika, akhirnya gugur ke bumi juga.

Saya paling suka bunga yang wangi lagi harum. Tapi bukan semua pokok bunga wangi yang mudah di tanam. Berlainan dengan bunga melur, pokoknya sangat mudah di tanam dan tahan lama usianya. Ada saya terbaca kalau nak bunga melur kita sentiasa berbunga, kerap-keraplah pangkas pokoknya. Saya sendiri jarang pangkas pokok melur tapi saya selalu juga buang daun-daun dan hujung ranting yang kelihatan tak sihat atau kering. Selain itu baja yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Saya nampak sejak saya gunakan baja yang di beli di nurseri kegemaran, pokok melur saya semakin rajin berbunga.

Untuk mengelakkan bunga yang saya suka ini jadi habuan gugur ke tanah sahaja, saya sering kutip bunga ini dan letak dekat dengan meja komputer, sambil menaip dapatlah menghidu baunya yang harum sambil menenangkan hati yang duka lara.

Saya pelik juga, ramai orang tak suka dengan wangi bunga ini. Kalau nak tau minuman kegemaran saya ialah teh melur atau lebih di kenali sebagai 'Jasmine Tea'. Ada orang kata, kalau kita minum teh melur selalu, nanti bau badan kita pun akan wangi seperti bunga melur.

7 comments:

  1. wangi dan cantik..suka juga bunga ni..semerbak jer laman rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya smua pompuan suka bunga yg wangi kan...hehehe

      Delete
  2. ade kat depan umah ..besar pokoknya..tp sy nie bukannya sempat nak nelek2 bunger..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran sebelah tak mintak ker? ini kan bunga kegemaran diorang gak...hehehehe

      Delete
  3. Sy pun suka minum teh jasmin...ayah sy suka letak bunga wangi mcm melur dalam kereta...wangi aje bau kereta

    ReplyDelete
  4. ada gak org suka minum yer, org yg tak suka kata air tu pelik...hehehe

    ReplyDelete
  5. sis, ade jual x bunga jasmine untuk buat minum? hehe

    ReplyDelete