Wednesday, March 13, 2013

Apa yang di Beli?



Inilah dua pokok yang saya beli kat nurseri kegemaran.


 Setiap kali pergi nurseri mesti saya pusing-pusing dua tiga kali. Jarang-jarang baru berjumpa pokok ini. Masuk kali ini cuma tiga kali sahaja saya berjumpa dengannya dan cuma sepohon sahaja yang ada. Memang payah nak jumpa. Harganya pun berbeza-beza.

Inilah pokok kemunting bagi yang tak kenal. Kali ini saya dapat harga yang paling murah, cuma RM5 sepohon tapi pokoknya  kecil berbanding yang saya beli sebelum ini.


Pokok ini pun selalu juga saya perhatikan bila ke nurseri. Semasa sambutan tahun baru cina harganya meningkat daripada biasa. Saya tak terasa nak beli walaupun saya kadang-kadang cemburu melihat pokok ini di halaman jiran saya.

Kali ini harganya murah satu pertiga daripada harga asal walaupun pokoknya kecil dan belum berbunga lagi. Harga pokok red button ginger ini cuma RM5. Murahkan.

Semua harga pokok ini jadi murah sebab taukeh lelaki nurseri kata, " You pelanggan lama, jadi saya bagi harga pelanggan istimewa lah sama you" 
dan saya pun suka.

18 comments:

  1. wah best dapat membeli dgn harga yg murah kan...pokok kedua tu mcm mnr agaknya bunga..kena google nih..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga yang merah tu, kata taukeh bunga tu tahan setahun setengah, entah btui ntah tidak

      Delete
  2. salam ros, bertambah2 lah koleksi pokok kat kebun u tu...makin bertambahlah oksijen...hehe

    ReplyDelete
  3. hm...Rizal dah suruh Lynn stop pegi Sg Buloh buat sementara waktu sbb each timepegi mesti kopak dlm RM50 or even more. Lepas tu bunga tahan 2 minggu, mati. Sebabnya? Psikologi effect, yg kita tanam sendiri jaga bagai nak rak, yg beli bila berbunga jer excited, pas tu lupa siram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau tak pegi nanti teringat-ingat pulak, jadi setiap ari sabtu kalo tak de hal lain mesti gi nurseri, kalo tak beli, tengok sambil ambil gambar pun jadi la, lepas ni lyn gi utk ambik gambar je yer...hehehe, jimat duit

      Delete
  4. Bestnya shopping pokok2 kat nurseri..itu hobby saya ms dolo2..berhabis berpuluh2 ringgit sekali pie..last2 mati kekeringan gak pokok2 tuh..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya habiskan RM10 jer, jimat kan..ekekeke

      Delete
  5. assalam rose..
    rose beli pokok kemunting dan costus ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tepat sekali, dah lama saya nak beli pokok costus tu, tapi kedekut nak bli yang mahal RM15 je pun

      Delete
  6. Nampaknya muka smRose telah lekat berada dalam ingatan taukeh. Tak sia2 stp sabtu menjamu mata di nursery itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai org melayu yg rajin gi nuseri tokeh tu, tu sbb dia kenal

      Delete
  7. assalam rose.. akak ni jarang ke nurseri... lalu je... boss tamo layan kalau bab nurseri ni..fobia kut sebab pernah cakap dengan dia ... kalau pencen nanti buat nurseri pun ok gak he he... dah emel info tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo patut la, boss nurseri tu rasa terancam...hehehe, pasal emel tu nanti sy check yer

      Delete
    2. oops, rasanya saya tesilap boss ni, ni mesti boss kat umah yer...hehehe

      Delete
  8. Bila tengok pokok kemunting tu, teringat masa kecik-kecik kutip buahnya yang dah masak ranum makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Sekarang ni payah nak jumpa pokok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman kecik2 sy buah ni tak de, tp sekarang slalu jumpa kat nurseri...hehehe

      Delete