Thursday, March 14, 2013

Buah banyak Ulat?


Ada kawan opis saya kata buah ini banyak ulat tapi dah lama saya makan buah ini tak pernah pula jumpa ulat. Saya rasa kawan saya itu tersilap pandang. Mungkin bulu-bulu pada buah ini yang dikatakan sebagai ulat. Sungguh tak berasas dakwaan kawan saya itu.

Ini adalah gambar buah mulberi yang belum masak, rasanya masam tapi kadang-kadang saya rasa macam lemak sikit rasanya. Pada tahap ini saya rasa buah ini sesuai dibuat jem.


Saya ada tanam dua pokok mulberi, satu dalam pasu besar dan satu dalam pasu kecil. Yang dalam pasu besar, batangnya dah sebesar lengan orang dewasa sebab akarnya dah merebak masuk dalam tanah di bawah pasu.

Gambar di atas adalah buah mulberi dalam pasu kecil, batang pokonya pun kecil, cuma sebesar batang pensel. Tapi saya rasa buahnya lebih lebat daripada pokok dalam pasu besar.



Saya suka buah mulberi, ada orang kata buahnya ada khasiat perubatan terutamanya untuk pesakit darah tinggi.


Kadang-kadang kalau dilihat dari dekat, buah mulberi ini pun kelihatan seperti ulat tapi ulat yang berkhasiat.

16 comments:

  1. salam ros, mcm lebat jer buah mulberi tuh...pokok saya masih tak bebuah ...pokok dah besar..nape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cantas pokok tu, pucuknya boleh buat sayur, daun muda buat teh, batangnya boleh tanam balik atau bg kat kawan, selalunya lepas cantas insyaallah klua daun baru beserta buah, cubalah

      Delete
  2. betul skali pandang mcm ulat gemok...hehhe

    ReplyDelete
  3. mmg sekali pandang,dari kejauhan,nampak mcm ulat yg banyak kat buah tu hehe..
    ada yg klaer ungu jugak,kan..

    salam kenal & follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang dan timekasih sbb sudi melawat

      Delete
  4. Ulat2 merah yang boleh dimakan tuh cakap ngan kwn awak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ckp ngan dia, ulat buah halal kalo termakan

      Delete
  5. geram nengok buah yg lebat tuh..(ish, ish, nak tanam jugak lah!)

    ReplyDelete
  6. gaya dan corak penulisan smRose seperti biasa....menghiburkan. Tersengih2 saya baca dalam tren tadi. Guna laptop senang nak komen.

    ReplyDelete
  7. cover sikt bila tersengih tu, kang org kata tuttut plak...hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam, sebesar mana pasu yg kak smRose pakai? Saya ada 2 pokok, mula2 semai dlm plastik je n ingat nak pindah ke tanah bila dah kuat tp tb2 saya kena pindah plak, so skg saya tinggal di rumah yg xde tanah (apartment). Sayang plak nak tinggalkan pokok mulbery yg dah mula mengeluarkan hasil. So saya ingat nak tanam dlm pasu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy guna pasu saiz sederhana saja, tapi letak atas tanah jd akarnya dah masuk dalam tanah, tu yg pokok dia jd besar. Kalau nak tanam dlm pasu jer pun bole, kena pangkas selalu la

      Delete
  9. pucuk celur wat ulam...tau goreng tumis...

    ReplyDelete
  10. pucuk celur wat ulam...tau goreng tumis...

    ReplyDelete