Wednesday, March 27, 2013

Buah Limau Kasturi



Saya tanam pokok limau kasturi khas untuk buahnya. Daunnya orang tak makan tapi ulat makan. Kalau semalam dah cerita pasal pokok limau purut, hari ini mestilah kena cerita pasal adiknya si limau kasturi. Kalau tak cerita merajuk pulak dia.

Kalau diperhatikan daun limau kasturi ini dah sama kuningnya dengan buahnya. Ini semua akibat kekurangan cahaya matahari. Pokok limau kasturi tak pandai menjalar macam abangnya si limau purut. Akibatnya pertumbuhannya kurang mantap  dan buahnya pun cenonet sahaja saiznya.



Saya gunakan jus limau kasturi untuk masak tomyam, barulah ada tendangan (kick).Limau kasturi ini ada banyak kegunaannya, kira antara limau yang serbabolehlah. 

Satu lagi cara yang saya suka gunakan limau kasturi ini ialah jusnya disiram atas betik masak.
 Erm, menyelerakan.


Sebagai hiasan dan penaik semangat perkebunan, saya letakkan gambar limau kasturi yang ada di nurseri. Ada orang kata limau kasturi yang dijual sempena tahun baharu cina tak elok dimakan kerana buah-buah tersebut mengandungi ubat atau disembur ubat untuk warna yang menarik serta tahan lama.


Kebelakangan ini saya perhatikan tak main la buat hiasan tahun baru cina dengan limau kasturi lagi. Sekarang ini orang buat hiasan dengan limau mandarin dan kadang-kadang pokok limau bali yang dikemetotkan pun diorang dah guna.

16 comments:

  1. Saya sejak budak2 kalo nampak limau tu suka sangat tp arwah ayah selalu cakap jangan main dengan limau lebat tahun baru cina tu sebab limau tu dah kene sembahyang. Sampai la ni kalo saya nampak limau buah banyak ni saya tak pegang. Tgk je.....Geram rasa mcm nk makan. Mesti mahal pokok ni kalo jual kat nurseri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal la kot, terlupa nak tanya berapa harga...hehehe

      Delete
  2. sama la daunnya pun kuning jugak kat umah ni...tapi belum berbuah..ulat je sibuk duk dtg visit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kasi ajar sama itu ulat, kasi sembur dia

      Delete
  3. hmmm terfikir nak alihkan pokok limau kasturi dari pasu ke tanah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok gak tu, mak sy tanam pokok tu kat tanah, sihat walafiat, buah pun banyak

      Delete
  4. salam perkenalan..sy suka blog ni...pasal tanaman..tp sy bukan pun menanam..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga, saya pun suka sbb ada org datang melawat dan baca blog ni, Terima kasih, sila datang lagi yer....hehehe

      Delete
  5. penah tengok pokok limau kasturi time CNY, limau mandarin kecil pun dah.. tapi limau bali belum penah... ada ekkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ade. Tahun ni la yang sy nampak kat nurseri kegemaran tapi versi bonsai la, buah pun bonsai

      Delete
  6. suka nye pokok dia dah buah...

    ReplyDelete
  7. rumah saya (err rumah mak ayah saya) pun ada bnyk limau kasturi. mak saya ckp, dia pernah tanam pokok limau nipis tp bila besar jd limau kasturi jugak. selalu kami blend ja buah tu buat air. jimat belanja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. limau nipis jd limau kasturi? satu evolusi yg hebat tu...hehehe

      Delete
  8. eee samalah kita Rose, baru hari ahad minggu lepas saya juga tanam limau kasturi.
    wah semoga cepat berbuah ya..kita jaga elok2.suka wangi limau kasturi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah org yg suka menanam kalo tak ade pokok limau kasturi tentu tak lengkap kan kak...hehehe

      Delete