Tuesday, March 26, 2013

Daun Limau Purut


Saya tanam pokok limau purut kerana hendakkan daunnya. Patutlah sampai sekarang pokok limau purut saya cuma mengeluarkan daun, limaunya tak ada.


Daunnya memang besar-besar, saiz XL.  Tapi saya baru gunakan daunnya cuma sekali, untuk masak tomyam. Saya memang jarang masak tomyam, tiga tahun sekali kot. Ada juga saya terjumpa resepi tempeyek yang menggunakan daun limau purut, tapi sampai sekarang tak cuba lagi. 

Kacang dan bahan-bahan lain dah lama beli, tapi tempeyeknya tak muncul-muncul lagi. Agaknya sempat kacang tanah bertunas dulu, barulah tempeyeknya menjadi.


Saya tanam pokok limau purut ini di kalangan pokok mangga, pokok delima dan lain-lain pokok di hadapan rumah saya. Akibatnya pokok limau purut saya dahannya jadi panjang kerana mencari matahari, dah hampir menjadi pokok menjalar. Apa nak buat, kawasan sempit, semua pokok pun teringin nak tanam.

13 comments:

  1. pokok dah besar ok la tu..ni yang br belajar nak hidup dh dapat serangan dari sang ulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini kat rumah sy serangan ulat blum lagi, tp kalau serangan bena putih memang kenkadang naik menyampah

      Delete
  2. limau purut yg sy tanam tak pulak tumbuh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena tanam yang tut la kot, ada ker pokok lmau purut kt sana?

      Delete
  3. tanam dlm pasu je..tanah sempit hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang yg ni tanam dlm pasu pun, ruang nak letak pasu pun dah tak ada...hehehe

      Delete
  4. daun limau purut dgn tomyam mmg ngam lah...masakan kegemaran...bole kata tiap minggu masak nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tomyam memang jarang sy masak, kalo masak kat kedai tu slalu la...hehehe

      Delete
  5. lebat sungguh daunnya. pokok limau purut saya cuma tinggal batang aja setelah dikerjakan ulat2 beluncas. ;>

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya ulat beluncas tak jumpa lg daun limau purut sy, harap2 dijauhkan

      Delete
  6. Pokok Limau Purut Lynn dah meninggi sama pagar tepi rumah, tapi x berbuah pun. Ingat nak tebang jer, tp Rizal x bagi sbb jadi teduh la pulak. Tomyam? nama jer darah Thai, tp x pernah msk pun.. hehe. Ingat nak try tanam limau kasturi lak sbb yg tu blh buat basuh ikan. Tgk mengintai rumah siapa yg ada nak beli keratan btg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupalah kita lynn.dalam peti mesti ada stok limau kasturi buat basuh seafood terutama ikan,sotong dan udang.tambah pulak banyak gunanya limau kasturi ni. kalau tanam memang tak rugi.

      Delete
    2. Lyn, beli kat nurseri jer lah anak pokok limau kasturi, nurseri kat rumah sy RM5 jer satu

      Delete