Friday, March 1, 2013

Tuaian Hari Jumaat-Sedekah

Hari Jumaat penghulu segala hari adalah hari yang paling baik untuk bersedekah. Saya hanya mampu bersedekah hasil tuaian saya sahaja. Nak menyumbang tenaga dan wang ringgit berjuta saya kurang mampu.

Bercakap berkaitan dengan hal ini, saya teringat seorang bekas boss(perempuan) saya dahulu. Setiap kali dia buat mesyuarat dengan saya dan orang bawahannya mesti ada makan dan minum. Semua peruntukannya keluar dari poketnya sendiri. Ada antara rakan senior yang bertanya kepada dia kenapa baik hati sangat guna wang sendiri. Kata boss tadi, rezeki/ wang/gaji ini macam pokok, kalau selalu di cantas makin suburlah ia.

Bekas boss saya itu sudah pun berpindah tempat kerja sebab dia naik pangkat, kalau naik pangkat tentulah naik gaji. Di sebabkan itu, saya pun nak mencontohi perangai bekas boss saya itu. Saya pun nak bersedekah juga tapi sedekah hasil tuaianlah.


Apa lagi pokok yang sentiasa mengeluarkan hasil di rumah saya, tentulah pokok daun sup. Sebelum bagi dekat kawan-kawan, saya tanya dulu adakah diorang perlukan daun sup. Saya tak mahulah barang yang saya bagi jadi habuan tong sampah. Biarlah ia benar-benar dimanafaatkan.

Kemudan barulah saya tuai, kemudian saya rendam dalam air untuk buang pasir-pasir yang melekat pada daun sup. Kalau nak bagi mestilah ikhlas dan pastikan yang diberi itu elok, tapi kalaulah kawan-kawan di opis atau kawan-kawan lain  terterima yang tak elok, maafkanlah saya. Saya tak sengaja dan mungkin tak perasan.


Selain daun sup, daun kari juga dapat permintaan dari rakan-rakan di opis. Kalau nak bersedekah daun kari ini, satu taman pun saya boleh bagi. Masa saya beli rumah ini, depan dan belakang rumah siap tertanam pokok daun kari, sihat-sihat pula tu.

Anak-anak pokok daun kari pula bersepah-sepah sana-sini. Kadang-kadang sampai tumbuh sendiri dalam pasu pokok-pokok lain. Kalau saya nak buka nurseri jual pokok kari pun  boleh agaknya.

Masalahnya, saya ni masak kari setahun mungkinlah sekali atau dua kali sahaja. Tapi pucuk kari saya makanlah buat ulam.

Pokok kari jiran sebelah kanan saya lagilah suburnya. Sampaikan dahan-dahannya masuk dalam kawasan rumah saya. Selalunya jiran saya sedekahkan daun karinya dekat tokeh kedai mamak berhampiran rumah saya. Sedekah jer tau, bukan jual. Baikkan hati jiran saya.

12 comments:

  1. salam..sedekah awal pagi jumaat mmg sgt dituntut apa lagi yg disedekahkan tu dari hasil usaha kita sendiri...kan bestnye kalau dpt daun sup tu fresh dari ldg..mudah2an tanaman smRose mkn menjadi n subur

    ReplyDelete
  2. satu masa dulu, pokok kacang panjang saya berbuah lebat. hanya allah saja yang tahu betapa gembiranya saya. sempat juga sedekah kat jiran2. setiap sekali menanam saya berniat nak berkongsi hasil dengan jiran. cuma lately tanaman tak begitu menjadi. kena rajin lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita rajin-rajin, ada blog tak, bila sy tgk profile tk de link blog, kalo ada tinggal2kan kat sini, boleh kita berkongsi ilmu

      Delete
  3. Sangat suka ayat ni ~ rezeki/ wang/gaji ini macam pokok, kalau selalu di cantas makin suburlah ia. Saya pun nak followlah :)

    ReplyDelete
  4. bersedekah amalan mulia. moga rezeki smRose makin bertambah.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  5. murah rezeki rose..betul kalau tak berkira-kira..suka bersedekah..rezeki tu datang aja...tak kira lah apa bentuk nya...membuatkan kita sentiasa hidup berasa cukup dan berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju, jom kongsi hasil tanaman kita..hehehe

      Delete
  6. bestnya..nak jadi jiran u boleh? he he...

    ReplyDelete