Monday, March 4, 2013

Nasi Goreng Taugeh

 Sana-sini orang cerita pasal taugeh. Dekat blog, dekat facebook, orang Malaysia, orang Malaysia dekat luar negara, ramai yang bercerita tentang taugeh, agaknya sekarang ni musim taugeh kot.

Kebetulan, minggu lepas saya kemaskan petiais saya yang dah lama tak diusik. Banyaklah jumpa khazanah-khazanah silam, ada yang elok dan ada banyak yang dah sampai tarikh luput. Dalam kemas punya kemas terjumpalah kacang hijau setengah plastik kecil. Nak dijadikan kompos sayang, nak buat bubur kacang kurang minat, akhirnya saya terfikir nak buat taugeh.


Ini gambar nasi goreng taugeh ciptaan saya. Kawan-kawan dan keluarga saya kata mana ada orang buat nasi goreng taugeh. Inilah jadinya kalau buat taugeh tanpa ada keperluan spesifik. Tak tau nak masak apa. Akhirnya main taruh kat mana suka.


Inilah taugeh yang saya hasilkan sendiri, belum dibersihkan lagi.


Selepas dibersihkan. Boleh terus dimasak. Selain campur nasi goreng, saya juga ada campur dalam tumis pucik ubi. Merepek-repek dah resepi taugeh saya ini. Seperti kata kak PUTERI PURNAMA, taugeh yang dibuat sendiri tahan lama berbanding yang dibeli. Dalam petiais saya ada lagi lebihan taugeh, tak taulah nak masak apa lagi.


Inilah nasi goreng taugeh saya, rasanya kurang masin. Selepas masak saya tuang kicap. Saya menyampah tengok nasi goreng warna hitam, tapi kalau tompok-tompok hitam tak apa.

6 comments:

  1. Nampak sedap jgk wpn ade taughe..terliur lak sy nie..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...org kat sana tu semua pun terliur tp bersebab kan...hehehe

      Delete
  2. boleh pulak nyampah tgk ns goreng hitam kekek..tapi ni nampak sedap..tak penah sy buh taugeh nanti boleh cuba..sbb sekali tanam taugeh mesti banyak..tak tahu nak masak apa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita tang tau nak masak apa dah...hehehe

      Delete
  3. This looks absolutely delicious!!!

    ReplyDelete