Friday, April 26, 2013

Benih Misteri


Semalam sewaktu balik kerja, saya dapati ada satu surat di dalam peti surat saya. Kalau ada surat yang sampai ke rumah tentulah daripada rakan blogger sebab semua surat rasmi saya dialamatkan ke opis.


Sewaktu saya buka sampul, terasa gamnya masih basah, agaknya abang posmen buka sebab nak tahu apa di dalamnya(agak sahaja, bukan fitnah yer).

Di dalamnya saya jumpa kekacang ini. Saya agak (juga) ia adalah benih bunga telang. Mohon bantu saya sekiranya saya tersilap.

Saya cari dan mencari sekiranya ada alamat atau nama pada keliling sampul surat, kemudian lihat ke dalam sampul, kalau-kalau ada warkah daripada pengirim. Namun tiada.


Siapalah agaknya pengirim misteri yang baik hati ini yer. Kalau terbaca silalah mengaku. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dan diiringi serangkap pantun;

Terima Kasih daun Keladi,
 Kalau ada biji benih lebih kirimlah lagi!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

18 comments:

  1. smrose.....saya yg kirim tu. benih sengkuang. lupa pulak lah nak letak nama pengirim.....adoiyaiii....selamat menanam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ler awin, benih sengkuang yer ingatkan benih telang, ingatkan peminat misteri mana la yang hantar...hehehe

      Delete
  2. bukan saya..hehehe..bunga telanglah tuh..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dr Fiji tentulah stemnya pun lain kan....hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. naseb baik dia jawab nombor satu kan, terjawab misteri

      Delete
  4. Zamzurina; pokok telang you dah keluar benih? Saya punya belum lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, bukan telang, sengkuang...mine baru memanjat paras pinggang

      Delete
  5. Heheh sy br nak jwb bukan telang..sbb br jer kutip benih telang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan punya benih dah jawab dgn lebih pantas...hehehe

      Delete
  6. benih sengkuang?..wow, saya ingatkan sengkuang sejenis ubi yg menjalar macam keledek.
    Terimakasih Rose kongsikan post ini dan kepada si pengirim benih zamzurina.hemm inilah perkongsian ilmu namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak, sy biasa gak tgk kekacang benih sengkuang tapi besar sikit dr ini dan kulit kacang tu berbulu, tu yg ingat bunga telang tu

      Delete
  7. Memang misteri. Teringin tahu bagaimana rupa pokok tu nanti.

    ReplyDelete
  8. ooo mcm tu biji benih sengkuang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak rupanya kawan2 yg mcm sy, tak tau rupa benih sengkuang...hehehe

      Delete