Saturday, April 27, 2013

Jangan Meniru

Bolehkan hari ini 'entry' tak bergambar.

Selepas beberapa belas bulan membuat kajian dan pemerhatian, saya dapati jiran kiri dan kanan saya meniru.

Jiran kanan meniru saya menggantung batang berdaun herba misai kucing di bawah sengkuap rumah. Tujuannya adalah untuk mengeringkan herba tersebut untuk dijadikan teh.

Jiran kiri pula meniru saya menggantung pasu tanaman di penyidai pakaian.

Sebelum ini mereka tak pernah buat semua pekara itu (semenjak saya berpindah kesini-hampir 2 tahun).

Saya membuat kesimpulan bahawa mereka ini sebenarnya terkesan juga dengan kehadiran saya di sini. Dan secara positifnya saya merasa yang saya telah membawa satu aura  (aura la sangat) di kawasan kediaman ini.

Kenapa 'entry' kali ini tidak bergambar? Ini kerana saya berasa gentar kalau-kalau perbuatan saya menangkap gambar contoh peniruan mereka itu di sedari oleh mereka (jiran saya kiri kanan depan belakang).

Sebab saya tahu, sebenarnya jiran-jiran saya amat prihatin terhadap saya dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini tanaman-tanaman saya.

p/s: jangan la pula muntah lepas baca tulisan perasan saya ini yer.

24 comments:

  1. Hehehe..eloklah tuh menjadi idola buat mrk...
    psstt.nanti bagilah tau alamat blog kat mrk, kot2 nanti mrk pun buka blog jgk....heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg alamat blog amat bahaya, kang pecah rahsia mengata pokok bonsai tu

      Delete
  2. entah2 jiran2 tu dah jadi silent reader kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. O.M.K! bukan awak kan pembaca senyap tu.....hehehe

      Delete
  3. He he..ok la tu...sesama hobi korang...happy gardening....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekee, baru sy perasan, sebenarnya hobi kami sama, ada gak persamaan dgn jiran-jiran yg sungguh tutututut....

      Delete
  4. berkebun kalau ade geng seronok. tapi kalau dah berlumba-lumba nak lebih itu yang susah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. berlumba-lumba nak tunjuk terrer yg tak tahan tu

      Delete
  5. hahaha.. x muntah la...
    tapi rasa macam org tu tu tu tu... mmg rasa tercabar kot.. tak pun dia rasa idea tu menarik.. tu yg dia pun ikut gak... :) hehehe.. just think positif je... kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dlu ngata kita tanam anggur masam la, itula, ini la, sekarang ikut cara kita la pulak....naseb kita tak patent cara tu...ekekekeke, kalau idak boleh saman

      Delete
  6. Hahahahaha...sy ingat awk jer berperasaan gitu...:p
    Seperti somi sy ckp....bagus lah awk bawak xtvt positive...at least sama2 menghijaukan bumi....heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh silap..."sy ingat sy jer berperasaan gitu"

      Delete
    2. hehehe, kenkadang rasa bangga gak ada org ngikut cara kita kan...hehehe

      Delete
  7. Salam smRose,

    Oklah tu, biar mereka tiru, yang bagus diteladani, yg x baik dijauhi. SmRose buat yang baguslah tu, tu yg mrk ikut! Mak Aji nak ikut yg bab tanam tomato terbalik tu, nak cari benihlah jugak!! Copycat gak ni, he he!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji, sy tak kisah kalau org nak ikut cara saya, malah rasa bangga pula, sekurang-kurangnya usaha kita diberi perhatian, kalau mak aji nak tiru saya tak kisah tapi jiran sy ni dlu asik perli sy, sekarang tak malu nk tiru la pulak....hehehe

      Delete
  8. Mesti jiran2 duk perhati dan sntiasa tggu idea terbaru Rose.. Hehe, lawak pn ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rasa mesti jiran-jiran pelik tgk sy slalu sgt tangkap gambar tanaman, mesti diorang ingat tak brapa betul atau syok sendiri...hehehe

      Delete
  9. Assalamu'alaikum
    Mohon izin singgah. Alhamdulillah, yang baik orang jadikan teladan + ikutan. Selamat terus bercucuk-tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Selamat datang dan terima kasih kerana sudi berkunjung, datang ler lagi kalau sudi.

      Delete
  10. Bestlah pandangan nanti kiri kanan depan belakang meriah macam-macam tanaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah ler, masing-masing dengan tanamannya, tapi rumah kat belakang ni sy tengok pokok2 menjalar dah penuh naik ke rumahnya sbb tuannya tak balik2 dr cuti sekolah ujung tahun lepas

      Delete
  11. Nasib baik saya bukan jiran tersebut. Kalau tak... (petik dua tiga pokok buat ulam). =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran sy belum lg berani buat camtu, tapi tak taulah kan...nanti2...hehehe

      Delete