Friday, April 12, 2013

Durian Duri Lembut?


Durian berduri lembut ini juga dikenali sebagai durian belanda, tak ada lansung rasa durian tapi saya rasa dia adalah sepupu buah nona. Durian belanda merupakan buah kenangan sewaktu saya kanak-kanak dahulu kerana pokoknya ada ditanam berhampiran rumah nenek saya di Belanda. Acah je, Malaysia.

Pokok nona pula ada dua tiga pokok berhampiran rumah lama mak abah saya dulu. Tapi saya lebih sukakan rasa buah durian belanda yang masam-masam manis. Daun dan kelopak bunga durian belanda pula merupakan antara bahan masakan penting dalam permainan masak-masak saya waktu kanak-kanak dahulu.


Durian belanda ini adalah daripada pokok di halaman rumah mak abah saya. Pokok ini ada penunggunya. Ia adalah beribu-ribu ekor  kerengga. 

Dah lama mereka berumahtangga di pokok durian belanda tersebut daripada belum berbuah sehinggalah dah berbuah beberapa kali ini. 

Tak taulah sebab kehadiran kerengga atau memang semulajadi rasa durian belanda di rumah mak abah saya ini jauh lebih manis daripada yang saya ingat sewaktu makan durian belanda sewaktu kanak-kanak dahulu.


Bila dah dewasa ini barulah saya tahu yang buah durian belanda ini adalah antara buah yang paling berkhasiat (tak sia-sia saya makan banyak sampai nak muntah masa kecik dulu)  terutamanya untuk pesakit barah.

 Ada saya terbaca yang buah durian belanda ini merupakan penawar kanser 10 ribu (10 000) kali lebih kuat daripada 'chemotherapy'.

5 comments:

  1. A'ah adik sy pun selalu cr buahnya utk suami dia...susah nk dpt

    ReplyDelete
  2. dah lama knah xmakan buah ni..Rose, kata orang kalau ada kerengga tu tandanya buahnya manis.sekarang buah ni mahal dah..xpernah jumpa pula kat pasaraya manjung ni =)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. haha..knah baru sekali g AEON masa minggu pembukaan =)

      Delete