Tuesday, April 16, 2013

Kembang Berduri Pagar


Ini dia kembang di pagar berduri  kebun kelapa mak saya (depan rumah jer pun). 

Bunga telang pertama daripada pokok yang mak saya tanam.


Macam biasa, hanya saya sahaja yang perasan akan kehadiran bunga pertama, buah pertama dan lain-lain yang pertama pada pokok tanaman mak saya (nampak sangat saya ni prihatin orangnya...hehehe-naik lif). 

Sebenarnya ada dua bunga pada pokok ini tapi yang satu lagi belum kembang.


Saya jumpa bunga ini sewaktu mencari buah kelapa muda untuk minuman. Kemudian mak saya pula datang sebab dia nak cari daun pisang untuk bungkus pais ikan. 

Mimin sibuk minta nak petik bunga telang ini. Tapi mak saya tak bagi sebab dah lama mak saya tunggu bunga telang ini muncul. Mak saya kata tunggu tumbuh banyak lagi bunga baru boleh kutip.


Saya pula tak sabar nak tunggu pokok ini keluarkan buahnya dan tua. Bolehlah saya kutip biji benihnya. 

Sekarang ini hobi saya kutip biji benih, tapi tanamnya tidak.

8 comments:

  1. tak sabar nk tunggu pokok telang membesar dan berbunga...

    ReplyDelete
  2. ramai orng minat tanam pokok telang skrang nie..sy nyer masih ber bunga tp dah dibiarkan jerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya semua org nak buat nasik kerabu kot...hehehe (sy sgt suka mkn nasik kerabu)

      Delete
  3. rose..sama pulak entry kita arini..cuma berbeza isi cerita hehehhe...sy dh kutip benih telang sy..:D

    ReplyDelete
  4. salam Rose,
    bunga telang ni kalau dah subur akan jadi semak samun.Tapi cantik lah bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak, itulah mak sy tanam kat pagarnya nak buat hiasa kt pagar berduri dia la tu

      Delete