Wednesday, April 24, 2013

Tak Sabar

Rutin saya setiap pagi sebelum pergi kerja adalah menghidupkan enjin kereta dan kemudian melawat pokok-pokok tanaman saya sambil menyiramnya. 

Hari-hari saya tengok buah delima saya yang tak tau bila waktu yang sesuai untuk dipetik dan kemudian bertanya pada pokok mangga saya bila pula dia nak berbuah lebat macam pokok delima di sebelahnya. 


Suatu hari saya kehilangan sabar itu lalu saya memetik delima saya yng pertama. Ini rupanya fizikalnya.


Mak saya kata kalau dah ada tompok-tompok hitam pada buah delima bolehlah petik. Jadi saya pun ikut cakap mak saya.


Delima saya tak merah pun. Lebih kepada kuning kemerahan.


Tapi yang bagusnya isi yang tak merah  itu manis rasanya. Tak kelat pun. Sedap. Puas hati.


Saya makan sebutir demi sebutir dan menikmati rasanya perlahan-lahan. Ada banyak lagi buah delima di pokoknya, selepas ini saya akan cuba petik buahnya lewat sedikit. 

Saya nak lihat sama ada isinya kekal begini atau berubah lebih merah. Pokoknya sentiasa berbunga dan mengeluarkan putik yang baru. Kalau ada buah yang matang lagi nanti, saya nak bagi mak abah saya pula merasa.

14 comments:

  1. alhamdulillah dapat delima yg manis & tak kelat..nie yg bagusnya...jeles sy...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn jeles, tak baik...hehehehe, boleh tanam lg kan, sekejap jer berbuah lah dia, kali ni insha allah tak kelat lg

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Boleh tersalah orang pulak.. Muahaha.. Berapa lama nak tunggu pokok delima berbuah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak sampai setahun pun tp saya tak catat la pulak secara tepat, tp pokok delima ni mmg cepat membesar dan berbuah

      Delete
  4. alhamdullillah... saya pun suka buah delima.. tapi biasa beli je.. waktu mengandung mmg elok makan delima kata org... :) baru2 ni asben bawa balik buah delima amik dari pokok rumah bos dia... alhamdullillah.. dpt makan buah delima yg tak import punya.. mmg sedap dan tak kelat2 pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo beli pun mahal buah delima nih, baru smalam sy tgk kt Tesco Rm4.99 sebijik

      Delete
    2. assallamualikum, dapatkah saya memesan beberapa biji buah delima ini,,,,

      Delete
  5. manis ye, w'pun tak merah...delima spesis apa ni ros...sbb sy punya tk menjadi sgt..buah jd kematu dan tk manis w'pun isi kemerah2an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la spesies apa? anak pokok bli kt nurseri jer, tp sy pernah mkn buah delima dr China yg isinya tak brapa merah camni

      Delete
  6. janji manis sedap dimakan...hehehe...rupa lain cerita..:D

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. saya mau cari ini delima, mana boleh dapat, terima kasih

    ReplyDelete