Tuesday, April 23, 2013

Pertama Kali Berjualan

Pada satu hari tiba-tiba boss besar minta saya dan rakan-rakan berjualan untuk memeriahkan satu majlis. 

Terfikir nak jual apa ya, dalam masa singkat ini mana nak cari barang-barang dagangan. Ada seorang rakan mencadangkan saya jual biji benih yang banyak dalam simpanan saya. 

Bukan dengan niat nak mengaut keuntungan cuma memenuhi permintaan boss besar. Kalau dapat untung, alhamdulillah. Kalau tak ada, redho.


Saya menjual biji benih petola bantal, roselle, timun betik dan kacang botol. Tapi nampak sikit sangat pula, macam tak meriah. 


Jadi saya pun letak sekali anak pokok mulberi yang telah agak lama saya semai dan juga anak pokok delima yang saya beli di nurseri. 

Tak lupa juga saya bawa  'laptop' sebagai rujukan gambar-gambar tanaman dan biji benih yang ada.

Ramai juga orang yang bertanya tentang jualan saya, penat lah juga saya pot pet sana-sini. Macam-macam maklumat saya beri. Nampaknya ramai juga yang berminat.

Jangan tak percaya, barangan pertama yang dibeli oleh pelanggan adalah anak pokok mulberi. Tak sangka saya. Gembira sungguh. Menyesal tak semai banyak-banyak anak pokok mulberi.

Kalau nak tau, pokok delima saya pun habis dijual. Tak ramai yang tahu anak pokok delima ada dijual di nurseri. Bila saya tunjuk gambar pokok delima saya yang berbuah dalam masa tak sampai setahun, lagilah pembeli semakin berminat.

Biji benih dalam peket ada juga yang terjual tapi tak banyak mana. Ada yang ingat saya jual rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan lain-lain.

Apapun saya sangat puas hati dengan hasil jualan kali ini. Bukanlah saya tak biasa berjualan. Biasa sangat sejak dari kecik lagi. Tapi inilah kali pertama saya berjualan anak benih dan anak pokok. Lain masa dan peluang tentu saya akan berjualan lagi.

Tak lupa juga  ada pelanggan yang tempah racun siput dengan saya. Alhamdulillah, murah rezeki.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

23 comments:

  1. Wah bagusnya berjualan macam tuh kan..kalau buat persediaan lg awal mesti lg meriah kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok nak jual petang tu baru bgtau, apa yg ada je la

      Delete
  2. amboiii.. hepinya dia... senyum sampai telinga...
    cam baca citer kanak2 pun ada... sebab ada kegembiraan di hujung citer tu.. :) hepi ending.. :) ape pun tahniah.. anda berjaya...

    ReplyDelete
  3. waah, ni dak kira projek komersial rose...hrp dapat byk untung

    ReplyDelete
  4. wah..dah jd businesswomen!! tahniah! Lynn pulak x reti dan malu nak mintak duit. Sbb tu sampai sekarang jadi hamba org... kalau meniaga entah ke manalah jawabnya sbb kalau bolh sumer nak kasi free!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu namanya org baik ati...hehehe, suka sedekah

      Delete
  5. Assalam rose. bestkan..dari hobi boleh buat duit..tahniah, dah berjaya jadi usahanita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm best kaknah, rasa nak bukak nurseri plak...hehehehe

      Delete
  6. Jual produk sendiri amat menyeronokkan ...
    Tahniah ...

    ReplyDelete
  7. wah.. bestnya ada program macam tu.. bagus-bagus, harap-harap daripada pot pet pot pet tu lebih ramai yang menghijaukan bumi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. program tergempar mmg best sebab dpt untung hehehe

      Delete
  8. Replies
    1. bagus sbb laku kalo tk laku....sedih...hehehe

      Delete
  9. Syoknya...ternyata ramai yg suka bercucuk tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mmg ramai org suka bercucuk tanam tapi tk byk pengetahuan dan sumber shj

      Delete
  10. bestnya teringin pulak nk beli benih timun betik?.....

    ReplyDelete
  11. buat masa ini timun betik kehabisan stok, tinggalkan alamat kat email sy, kalo ada stok nanti sy hantar tapi tak tau la bila yer

    ReplyDelete
  12. assalam. ada jual atau tau x dimana ada jual anak pokok roselle. sy perlukan dalam 270 pokok. anything minta tolong roger saya ye 013-4043181. najwa. area klang/ shah alam/kl

    ReplyDelete