Monday, April 22, 2013

Tuaian Hari Isnin - Nasin


Tuaian hari Isnin saya merupakan daun nasin atau asin-asin atau pucuk manis atau cekur manis.


Pokoknya dah tinggi sangat melebihi atap belakang rumah saya. Terpaksalah dituai. Selalunya tunggu bila stok sayuran di rumah habis tapi kali ini tak boleh tunggu lagi. Daunnya pun dah banyak yang tua.


Saya tak bazirkan daunnya lansung, yang tua pun saya masukkan sekali. Batangnya pula saya cucuk kembali ke tanah untuk dapatkan pokok-pokok baru.


Selalunya daun ini sedap dimasak lemak putih campur keledek tapi saya ini jarang masak guna santan. Jadi saya masak tumis air sahaja. Tak sangka lembut semua daunnya dan yang penting sekali sedap lagi berkhasiat.

20 comments:

  1. Katanya x sesuai org yg ada darah tinggi.
    Rumah akak pun dah tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! yer ker, nasib baik akak bgtau, kena makan bua mulberi la untuk elak darah tinggi plak...hehehe

      Delete
  2. kalau buat ulam gitu pun sedap jgk kan..tp msk ngan keledek mmglah sedap..

    ReplyDelete
  3. sy selalu beli lunch lauk labu air + daun cekur dimasak tumis air...makan dengan ikan panggang sumbat..:D

    ReplyDelete
  4. memekatkan darah, sbb tu org mcm Lynn darah tinggi tak blg mkn...tp kdg2 curi mkn sbb dlm Pan Mee letak nih..slurppp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...baru ler tau, kalau org yg ada penyakit darah tak boleh beku tu elok makan kot

      Delete
  5. ye ke? alah.. sedap tu pucuk manis.. senang pulak tu nak masak..

    ReplyDelete
  6. wahhh.. sedap masak lemak asing2 pecah telo dan letak ubi.. :D

    ReplyDelete
  7. we usually stir fry n then put n egg..sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yg bagus tu, mesti cuba, ringkas dan menarik

      Delete
  8. baru tahu, boleh ditanam dgn keratan batang...tq2

    ReplyDelete
  9. sedap sayur ni Rose, tumis campur udang kering..ehh bestnye, dah lama tak makan, tak ada masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumis campur ikan bilis pun sedap kan kak, amboi bznya dia

      Delete
  10. Biasanya saya akan cantas pokok pucuk manis ni agar ia dalam 2 meter sahaja tinggi. Setiap bulan pasti sekali cantas. Lepas tu banyak je tumbuh bercambah keliling batang pokok. Senang nak ambil pucuk bila ia rendah. Lepas cantas pokok, kena baja dengan NPK hijau. Kalau tak, nanti kurang pucuknya tumbuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo, camtu, saya tanam kat belakang rumah, jadi bagi baja perut ikan dng air basuh beras jerlah

      Delete