Wednesday, May 1, 2013

Bernas


Bukan nak cerita pasal Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) tapi nak cerita pasal benih yang menjadi, tak hampa.

Ini adalah anak pokok petola bantal atau petola sarang. Saya agak risau juga kalau-kalau benih ini yang ada saya jual dan sebahagiannya beri kepada kawan-kawan blogger tak menjadi. 

Saya tak bercadang nak tanam pokok petola bantal ini di kawasan rumah saya kerana ia perlukan ruangan yang banyak. Tapi saya tetap harus mencuba tahap bernas atau tidak biji benih tersebut.




Setelah diuji saya dapati ia sangat bernas, dalam masa tiga hari benih telah mula tumbuh. Agak-agaklah kan, pucuk petola boleh buat sayur tak?

5 comments:

  1. suka kan semai benih petola..cepat je naik...tak pernah dgr pulak pujuk petola wat sayur..timun & labu ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak pucuk boleh dimakan, rasanya kebanyakkan pokok menjalar pucuknya boleh dimakan tapi ada org kata ia berbisa terutamanya utk org dlm pantang

      Delete
  2. assalam Rose .. pucuk petola ni baru tau minggu lepas boleh makan juga.. tapi masak jenis apa tak tanya pula.. pekerja indon yg tengah kerja buat renovation rumah jiran beri tahu -nsedap katanya... harap-harap benih yang K Mar pos tu menjadila ya.. menyemai ni nasib-nasib kadang2 menjadi kadang2 tak menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak mar,
      terima kasih sbb bgtau kak mar, boleh ler sy makan pucuk tu nanti...hehehe

      Delete
  3. Sy ada tanam pokok tomato. Tapi kenapa dia tumbuh pokok patola yer. Hairan sy

    ReplyDelete