Thursday, May 2, 2013

Kenapa Mulberi Tinggal Sedikit?


Tengoklah, sedikit sahaja mulberi yang dapat saya tuai. Bunga melur dan buah kemunting tu buat hiasan sampingan sahaja. 

Bukannya pokok mulberi saya tak lebat berbuah, bukan sebab tak cukup baja dan bukan juga sebab semut dah makan seperti yang saya ceritakan sebelum ini.


Gambar mulberi sebelum dipetik. Saya sebenarnya nak tunggu buahnya agak kehitaman baru nak tuai. Tapi satu kejadian yang menyakitkan hati telah berlaku dan membuatkan saya menuai kesemua buahnya.


Pada satu petang, waktu saya pulang dari kerja, saya perhatikan cucu jiran sedang bermain-main berhampiran dengan pokok-pokok saya. Sewaktu itu saya sedang menyiram pokok.

Cucu jiran tersebut memetik buah mulberi saya di depan mata saya. Saya tak kisahlah sangat sebab dia budak-budak. 

Tapi selepas itu, dia datang lagi sekali dengan membawa joran pancing untuk menjolok buah mulberi saya. 

Neneknya yang ada berhampiran cuma melarangnya secara sambil lewa, bukannya nak minta  buah tersebut dengan saya ke, sedangkan saya tertonggok dekat dengan pokok tersebut.

Ada juga niat dihati saya nak bersedekah sahaja buah mulberi kepada cucu jiran tapi tak jadi sebab saya takut pemberian saya ditolak oleh neneknya.

Selama ini saya ingat semut yang makan buah mulberi saya, rupa-rupanya orang lain. Lepas itu bukan nak minta izin. Malah budak-budak tersebut buang sampah merata-rata dihadapan rumah saya.

Inilah dugaan hidup berjiran. Sebelum ini saya dapat jiran yang sangat baik di kiri dan kanan. 

Kali ini betul-betul menduga kesabaran saya. Kalau ikutkan hati nak sahaja saya beli rumah lain atau pindah terus ke kawasan lain.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

22 comments:

  1. tanam kat luar pago ker yg budak2 leh amek tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terpaksa tanam luar pagar, yg dalam pagar semua dah bersimen dan beratap, lgpun kws kecik sgt tak macam umah awk...huhuhu (jelez saya)

      Delete
  2. sabo je le.sama le nasib kita...buah mata kucing saya selain cik kelawar yang terjah..orang2 yang lalu lalang pun berminat...kita siap balut lagi..tapi hanya tinggal balutan sahaja..huhuhu nangis pun tak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakitnya hati tak terkata...hehehe, tapi pernah tertangkap org yg lalu lalang tak? Kalau macam kes sy ni dpn mata kita dia jolok sesuka hati, mcm kita menumpang umah diorang lak...hehehehe

      Delete
  3. Kalau saya, pergi jumpa budak-budak tu beri sedikit tazkirah 'bahaya mengutip barangan curi'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkunci rasanya mulut sy nak beri tazkirah depan neneknya yg berbudi bahasa

      Delete
  4. geram kan..but sometimes is really hard to say No

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer, sangat geram tapi mampu simpan dalam hati dan dalam blog...hahaha

      Delete
  5. gitu lah bila dah berjiran..kena sabar byk2...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena sabar byk sangat, boleh keluar rumah dan bermanja dgn pokok-pokok bila diorang tak de kat luar rumah shj

      Delete
  6. hmmm macam2 perangai jiran.. ye la kan.. dari di biar buah tu takde sapa nak makan.. ingin juga kita buat kebaikan.. tapi tak pula org tu terfikir ye.. ape pun bukan hak kita kan kena minta dulu.. bukan main sapu... :D

    ade benih mulberi tak? nak boleh.. atau saya kena cari kat nursery mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benih mulberi rasanya En. iskandar blog http://www.tanamsendiri.com/ ada jual kan

      Delete
  7. Salam smRose,

    Berjiran memang banyak dugaannya. Mak Aji juga ada pengalaman yg lebih kurang sama dengan putik mangga. Kita bagai nak rak tunggu berbuah, dah berbuah budak2 anak jiran dok betik pastu buang berselerak. Ada orang dewasa pulak tu dok memerhati, sikit x tegur. Bila Mak Aji melarang barulah org dewasa tu ikut bersuara. Angin satu badan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      itulah org yg tak bertanam ni tak tau perasaan kita, tak tepikir lansung penat lelah kita, tau-taunya nak percuma sajer...hehehe

      Delete
  8. sabarlah dear,
    hidup berjiran sememangnya begitu... apa kata sm rose tgur bdk kecik tu, klu nak cakap nak mintak jgn ambil curi2 cam ni... sy dulu tgur jgak anak2 jiran ni... tapi klu mak ayah dia pun perangai lbih kurg sama nak buat camanor...mch

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kalau sy tegur budak-budak tu akan mengeruhkan lagi keadaan, mak bapa datuk nenek zaman sekarang bukan boleh org lain tegur anak cucu mereka silap-silap kena saman...hehehe

      Delete
  9. Rose, mereka ni budak lagi, Rose jangan biar, panggil budak tu terus terang dengan dia, pokok tu Rose punya, kalau nak minta, cakaplah perbuatannya itu salah, nanti dia akan faham.Mengenai neneknya tu, biarlah, kalau dia ambik hati kerana mengajar cucunya, biarlah, itu lebih baik.Budak tu buat sebab dia tak pernah diberi tahu dan dia ingat Rose pun tak marah, sampaikan dengan ayat yg mudah dan lembut, tugas orang dewasa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nasihat akak tu, tapi saya sebagai jiran baru dan jarak umur yg jauh berbeza dgn mereka mungkin akan membuatkan pekara ini akan menjadi lebih keruh, biarlah saya beralah, yang tua dihormati, yang muda disayangi....hehehehe (rasa nak cubit je bebudak tu)

      Delete
  10. siap mengail lagi...susah jgk mcm tu..serba salah dibuatnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bamik buah tak apa lagi, tp kalau dah pakai joran, rosak ler pokoknya...hehehe

      Delete